KUNCI KERAJAAN

Friday, December 14, 2012

TABIAT PEMAKANAN YANG SIHAT...


 assalamualaikum...

hye..hyee..cik ana semangat bangun pagi ini...isi perut jap dan buka blog kesayangan cik ana ni.....waaaa...semangatkan....mmm entry kali ini cik ana nak bercerita sedikit mengenai tabiat makanan yang sihat...bukan apa..cik ana risau laaa..sekarang ni..macam-macam penyakit yang ada...salah satu punca penyakit ialah daripada tabiat makanan kita sendiri. so hati-hati yea kawan-kawan.....



Tabiat pemakanan yang sihat amat penting untuk setiap individu bagi mencegah dirinya daripada  penghidapan diabetes, penyakit jantung, hipertensi ataupun kanser. Kawan-kawan kita haruslah menjaga tabiat pemakanan yang sihat dengan merujuk kepada Piramid Makanan. Pyramid makanan ini dapat membantu kita untuk merancang pengambilan makanan dan mengikut sukatan yang betul. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah lagi.

Antara tabiat pemakanan yang baik dan harus kita lakukan ialah:

·      Amalkan makan mengikut waktu yang ditetapkan.

·      Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin dan garam mineral..contohnya sayur-sayuran,buah-buahan dan oat yang mempunyai serat yang tinggi.

·      Kita juga haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang bergula, mengandungi garam dan lemak yang tinggi.

·      Kunyah makanan dengan perlahan dan sempurna supaya makanan mudah dihadamkan..hihi,,peringatan untuk cik ana yang suka telan jee bila makan…

·      Manakala bagi remaja pula, mereka perlulah mengambil banyak makanan yang memberikan tenaga. Hal ini kerana mereka ini merupakan peringkat tumbesaran dan kebanyakkan mereka terlibat dengan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga.

·      Minum air masak yang secukupnya, iaitu 6 hingga 8 gelas sehari untuk memenuhi keperluan tubuh.

Kita sering kali terdengar keluhan seperti:

“ malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”
“ nanti perut kembung dengan air masak je”

Tahukah kawan-kawan….dengan pengambilan air yang betul, kita dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan kita.,.

·         Perkara yang paling cik ana nak tekankan ialah mengambil hidangan utama secara teratur…iaitu SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting setiap hari. Sarapan pagi ini bagaikan mengakhiri puasa setelah 8 jam tidak makan. Sarapan pagi akan memberikan tenaga yang secukupnya untuk meningkatkan metabolisme dan menjadikan kita lebih bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga waktu makan tengah hari. 
  
APAKAH YANG PERLU SAYA MAKAN?
APAKAH YANG PERLU SAYA MAKAN?

·         Buah-buahan dan sayur-sayuran
·         Bijirin seperti nasi,
gandum dan pasta
·         Daging tanpa lemak dan daging
jenis burung seperti daging ayam tanpa kulit
·         Susu rendah lemak atau bahan
tenusu dari susu skim
·         Ikan tiada lemak dan kerang
·         Sayuran jenis kekacang dan
kacang pea
·         Berbagai jenis kekacang dan
bijian dalam jumlah yang terhad
·         Minyak masak tidak tepu seperti
kanola, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kelapa sawit,
dalam jumlah yang terhad.


bye cinta-cinta hati cik ana..jumpa lagi di entry seterusnya...


hasil coretan
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

12 comments: