KUNCI KERAJAAN

Wednesday, December 5, 2012

REBUNG.. OH REBUNG

ASSALAMUALAIKUM...

selamat malam... nyamannya angin malam ni.. tak panas. mesti miss abby nyenyak tidur sekekap lagi, hihi..

hmm perut miss abby berbunyi-bunyi tatkala ni. di ruang fikiran, terbayang-bayang lauk kegemaran miss abby. kalian pun dah baca tajuk entry ni kan? dah tentu-tentu boleh tahu apa yang kegemaran miss abby, hihi.. 

miss abby sangat-sangat gemar 
"MASAK LEMAK CILI PADI DAGING DENGAN REBUNG"
tak kisahlah daging salai ke, daging tetel ke, mahupun daging biasa.. 
pokok pangkalnya, ada REBUNG.. hihi.. sebab dari kecil lagi, mak miss abby dah ajar makan rebung ni. eh, ada yang tak tahu dan tak kenal REBUNG ye? mari kita tengok asal usul rebung ni. 


REBUNG adalah tunas muda yang tumbuh dari akar 
buluh.  Penduduk Indonesia mahupun Asia umumnya 
menggunakan rebung sebagai bahan makanan. 


rebung yang telah dibersihkan kulitnya

tapi ada orang yang tidak tahan dengan bau rebung ni. bagaimana cara nak kurangkan bau rebung? lepas ni bolehlah kita sama-sama amalkan petua ini. 


 Campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. 

Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk 

mencuci rebung. Cara ini juga menjadikan masakan rebung 


anda bertambah enak.



malam ni miss abby nak kongsi resipi 


MASAK LEMAK CILI PADI DAGING TETEL DENGAN REBUNG




300g daging tetel
1 mangkuk rebung
12  biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 hiris halia - tumbuk
1 batang serai - dititik
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Caranya :

  • Daging tetel dipotong dan dibersihkan. Rebung  dan daging dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan 1/2 cawan air. Masukkan juga serai
  • Masak sehingga daging tetel empuk Bila dah empuk, masukkan asam keping, santan pekat dan air. 
  • Biarkan  mereneh.  Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila dah masak bolehlah diangkat.

ha... rasa macam dah terliur dah ni. lebih kurang macam 

mengidam. huhu..
  

oklah, SELAMAT MAKAN REBUNG.. 

jumpa lagi di entry akan datang.



Malam Yang Hening,

SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby












No comments:

Post a Comment