KUNCI KERAJAAN

Friday, December 14, 2012

AMALI : SET MENU THAILAND

ASSALAMUALAIKUM...

salam jumaat.. semoga sihat hendaknya.

semalam perlawanan bola antara malaysia dan thailand, negara kita kalah. 0-2. 



sedih-sedih.. tapi nak buat macamana. rezeki tidak memihak kepada negara kita. buat skuad HARIMAU, teruskan usaha ye!! 


GAGAL SEKALI, BUKAN BERMAKNA KITA GAGAL SELAMANYA...
chayok!!!

eh, kenapa miss abby bercerita tentang bola ni pula. tak lain tak bukan sebab kelas amali semalam di mana kami diminta untuk menyediakan SET MENU THAILAND. walaupun kita kalah dengan negara tersebut, itu tak bermakna kita bermusuh dan tidak boleh makan makanan thai ye! jangan ada yang boikot lak lepas ni, hihi.. 

kawan-kawan pun dah tahukan menu yang kami masak untuk amali Thai ni. sepanjang kelas 6jam tersebut, ALHAMDULILLAH unit kami berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan hasil kerjasama antara miss abby, cik ana dan cik nieza. 

INILAH HASILNYA.... :-P



sedikit corat-coret semasa kelas amali:

  • warna kuah chicken green curry tidak hijau seperti sepatutnya. maka, unit kami meminta belas ehsan unit lain dengan meminta sedikit kuah mereka. 
  • rasa kari kering rebung dan daging sedikit pahit. ini mungkin kerana rebung yang digunakan. 
  • rasa sos ikan (nampla) masin. jika kita menggunakannya, maka sesuaikanlah rasa dengan penggunaannya. 

berikut merupakan komen dan penilaian yang diberikan: 

Menu
Komen daripada Unit
Komen pensyarah
Tatasajian dan persembahan
·      Persembahan menarik dan kemas.
·      Kombinasi warna yang menarik.
·       Persembahan yang menarik dan tepat.
Som tam (kerabu betik)
·      Rasanya enak.
·      Kombinasi warna yang menarik.

·      Tidak masin dan sesedap rasa.

Tom yam goong
·      Kuahnya terlalu cair.
·      Kuahnya terasa tomato.
Nasi putih
·      Nasi agak lembik.
·      Nasi terlebih air.
Kari kering rebung dan daging
·      Kuahnya agak masin.
·      Rasa pahit dihujung.

Chicken green curry
·      Warna kuah agak pucat.

·      Tidak terasa pes kari hijau.
·      Warna kuah tidak menarik.


walau apapun yang terjadi, kelas amali thai ini memberikan 1001 pengalaman berharga buat kami bertiga. pasti kami akan merindukan suasana kelas amali ini nanti. 



nak tahu resipinya, tunggu entry akan datang ye.. pasti miss abby akan kongsi. daaaaaaaaaaaa...


Salam masam dan manis,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby




No comments:

Post a Comment