KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

PIRAMID MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM..

hye kawan-kawan semua.. selamat pagi.. 

pastinya kita pernah lihat 2 bentuk tubuh ini kan? 


terlalu kurus (anaroxia)





terlalu gemuk (obesity)


pastinya kita tidak mahu menjadi sebegitu kan? oleh sebab itu, kita perlulah makan ikut keperluan tubuh badan kita dan bukannya mengikut nafsu.. 

jom kita tengok PIRAMID MAKANAN... 





Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih 

makanan secara sihat. Makanan yang

dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada 

kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan 

paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian 

paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang 

dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan 

kepada kandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan 

yang kaya dengan karbohidrat

kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. 

Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan 

sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada 

kumpulan iniperlu diambil paling banyak. Contoh makanan 

bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi,  mihun, roti, 

pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan 

ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2

Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid 

Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan 

serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan 

banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid 

Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat 

besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak 

dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan 

ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan 


kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan 

serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya 

(seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil 

tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya 

dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan 

vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak. 


ARAS 4

Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan 

bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya 

sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu 

dimakan.


kawan-kawan,
marilah kita sama-sama amalkan gaya hidup yang sihat. bukannya kita tidak boleh makan makanan berminyak, cuma hadkanlah pengambilannya. sebab semua penyakit, bermula dari gaya pemakanan kita...

SELAMAT BERAMAL



Salam Kesihatan,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

No comments:

Post a Comment