KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

KACANG SOYA


Pernah tak kawan-kawan menikmati makanan yang berasaskan kacang soya?

Kawan-kawan tahu tak kacang soya mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi yang mampu membantu sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik?

Tahukah kawan-kawan kacang soya juga tergolong diantara makanan terbaik dunia?

oleh itu tergerak di dalam hati cik nieza untuk berkongsi kebaikan kacang soya dan resepi penghasilan air kacang soya dengan kawan-kawan semua~~~





KEBAIKAN KACANG SOYA

1. Kacang soya mampu, mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

2.  Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

3.  Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

4. . Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.


Selain itu juga, kacang soya sangat berkhasiat terutamanya pada golongan wanita, antara khasiat Kacang soya untuk wanita ialah :

1. Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. 

2. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. 

3. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. 

4. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Setelah cik nieza menerangkan kebaikan kacang soya, cik nieza nak berkongsi pula, resepi pembuatan air kacang soya. Kalau dipasaran air kacang soya memang sudah terkenal dan berada di tarafnya yang tersendiri. Sudah semestinya, air kacang soya telah mendapat tempat dihati setiap pengemarnya.

contoh air kacang soya yang telah dikomersialkan


Bagi yang gemar membuat sendiri air kacang soya  cik nieza sertakan sekali resepi nya. Lepas nie, kawan-kawan boleh lah cuba menghasilkan sendiri


BAHAN
 152 g Kacang soya ( direndam )
2 liter Air Sejuk
250g Gula pasir

CARA PENYEDIAAN

1. rebus gula dan air untuk mebuat sirap secukupnya
2. Kisar kacang soya dengan lumat, tapis dengan kain maslin
3. Rebus air kacang soya bersama 2 liter air.
4. Biarkan hingga mendidih, campurkan dengan gula sirap. untuk menyegarkan, sejukkan dalam peti sejuk. 


~~~ SELAMAT MENCUBA~~~


HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA









No comments:

Post a Comment