KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 16, 2012

DIET?

 ~~~ASSALAMUALIKAUM SEMUA~~~


Dah makan ke belum? APA DIETTTT!!!!! 
ohh ni mesti program menguruskan badan kan, tak salah kalau nak kurus tapi jangan tahan lapar sampai tak makan ye, kang dapat GASTRIK pula nanti. Emm kan dah susah. 

Tidak salah untuk kurus dan tidak salah untuk berdiet, janji kawan-kawan tidak menyeksa tubuh badan sehingga tidak makan. Kawan-kawan tahu tak orang yang terlalu kurus pun tidak cantik dan boleh mendatangkan penyakit : 


Anoreksia Nervosa ( AN )

cantik ker? 



untuk pengetahuan kawan-kawan penyakit ini adalah disebabkan gangguan makan yang menolak seseorang itu untuk memasukkan  sesuatu ( bahan makan ) di dalam tubuh yang disebabkan takut terhadap peningkatan berat badan yang juga melibatkan komponen Psikologikal, sosiologikal dan fisiologi pada penderitanya. 

                 
kebanyakkan pesakit AN akan mengangap dirinya masih gemuk walaupun berat badan mereka sudah berada di bawah tahap normal dalam pengiraan berat badan ideal ( BMI )



 APA ITU BMI ? bagaimana untuk mengira BMI ?


~~`jangan pening-pening ye, cik nieza akan bagitahu~~~




untuk pengetahuan kawan-kawan BMI merupakan singkatan kepada " Body Mass Index" atau Indeks Jisim Tubuh dimana ianya merupakan piawai bagi menentukan berata badan yang unggul pada seseorang. Pada umumnya, seseorang itu akan dikategorikan sama ada terlalu gemuk ( obes) atau terlalu kurus ( Anoreksia Nervosa ( AN ) ) jadi pengiraan BMI sangat lah penting ye kawan-kawan 



Cara pengiraan Index Jisim Badan (BMI)

BMI = Berat(kg) / [Tinggi(m) x Tinggi(m)]
Contoh:
BMI = 45 / (1.50 x 1.50)
= 45 / 2.25
= 20 (normal)


kenapa nak kurus ?

1. Masyarakat di Malaysia sering mengatakan yang kurus itu cantik sedangkan yang berisi itu pula memalukan

2. Kurus bila pakai baju apa-apa pun cantik, bila berisi semua baju cantik bila pakai nampak tidak cantik

3. Kaum lelaki di Malaysia lebih meminati wanita yang kurus berbanding wanita yang berisi

4. Wanita kurus di anggap cantik sedangkan yang
 lebih berisi sering  diperlekeh.

TAPI sebenarnya!!!

Sedar tak kawan-kawan kurus atau berisi ( gemuk ) jika budi pekertinya sangat mulia dia akan dianggap cantik

Pernahkah kawan-kawan melihat wanita berisi ( gemuk )  sangat comel bila bertudung rapi

Iye mungkin ada kaum lelaki yang lebih memandang dan memilih wanita yang kurus, tetapi sedar tak kawan-kawan di afrika wanita yang lebih berisi lebih diminati kerana mereka yang berisi dianggap lebih sihat. ini fakta!!!.  

Bukankah kesihatan yang baik itu lebih penting

Kini, faktor penting dalam kejayaan seseorang bukan tubuh badan atau paras rupa, tetapi ilmu yang mereka ada, kejujuran dalam pekerjaan dan ketulusan hati dalam persahabatan 

Jadi kawan-kawan janganlah memandang seseorang pada paras rupanya, tapi pandanglah pada sikap dan budi pekertinya. 
Nescaya silaturahim itu lebih indah 


jadi kawan-kawan harus bijak untuk menjaga 

tubuh badan kawan-kawan agar sentiasa 

sihat. Almaklum sajalah, tubuh kita perlu 

bekerja berpuluh-puluh tahun untuk

memastikan kita 

mampu melaksanakan segala kerja yang 

hendak kita lakukan.   

 Kalau kawan-kawan sambil lewa dalam 

penjagaan tubuh badan bagaimana kita nak 

dapat tubuh yang ideal dan unggul !!




Lagi satu pesan cik nieza 

" Don't judge are book by is cover "



p/s : jangan lupa minum air masak banyak!! 

kerana di situ tersimpan 1001 kecantikan 



HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA


2 comments: