KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 22, 2012

ROTI ARAB


Apa khabar kawan-kawan cik nieza semua, harap semua dalam keadaan sihat~~~~~
Bila waktu tengahari macam nie, perut macam biasa lah akan menyanyi lagu dangdut~~~ dia punya rancak tak taw nak bagitaw macam mana ....sabar ye perut lepas tulis entri ni, cik nieza suapkan~~~ hehhe

Kat Malaysia nie, memang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang pelbagai rasa, warna dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Cik nieza pernah terdengar, orang afrika mati sebab tak cukup makan, manakala orang kita mati sebab terlebih makan. IShhhhhh!!!!! jangan lah jadi macam tu...amat tak seronok betul di dengar. 

Bila sebut tentang makan nie, teringat pula saudara kita di Gaza sekarang nie, macam mana lah keadaan dia sekarang kan. Makan ke tidak, kalau kita kat sini tidur siap  beralaskan tilam VONO dengan lagu twinkle, twinkel litter star, diowang pula beralaskan batu dan dengan letupan bom..MasyaAllah besar betul ujian diowang. kawan-kawan jangan lupa berdoa untuk diowang ye....




kawan-kawan tahu tak separuh penduduk gaza adalah terdiri daripada kanak-kanak,,dan mereka juga telah diajar untuk berjihad dari mereka kecil lagi. 



Jadi kawan-kawan, kalau ada yang mintak derma untuk gaza tu, kawan-kawan jangan lah buat tak tahu jew, hulurkan lah sedikit bantuan kepada mereka yang betul-betul di dalam kesusaha. InsyaAllah Tuhan pasti akan membalasnya..

Oh ye, untuk pengetahuan kawan-kawan. Di negara palestin rakyat disana selalunya akan menggunakan gandum sebagai bahan utama dalam makanan mereka. Salah satunya ialah Roti Arab.

Roti arab memang banyak boleh divariasikan, mereka akan bersama dengan kuah daging atau makan begitu saja. Mamcam di Malaysia, rakyat disini pun tidak kurang hebatnya, roti arab biasa dimakan dengan sambal ikan bilis atau kuah kari daging

Dengan penuh kasih sayang, cik nieza nak berkongsi pembuatan roti arab dengan kawan-kawan semua



BAHAN


BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

CARA PENYEDIAAN



1. Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.

2.  Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
3.  Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
4. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
5.  Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
6.  Bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
7. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
8. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.


~~~SELAMAT MENCUBA~~~



save to gaza, HATE ISRAEL 



HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA


No comments:

Post a Comment