KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 1, 2012

TEMPE

~~~ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN~~~

Apa khabar semua, sekarang cik nieza berada di kampung cik nieza,  dekat mana? tentulah di selatan tanah air malaysia iaitu negeri biru merah Johor Darul Ta'azim..

apa yang menariknya negeri JOHOR nie sudah tentulah dari segi budaya, kesenian dan makanannya. Bila bercerita mengenai makanan hari nie cik nieza nak berkongsi satu jenis makanan yang sangat popular di negei Johor iaitu

TEMPE

inilah tempe ye kawan-kawan


untuk pengetahuan kawan-kawan semua, tempe sangat popular dalam kalangan masyarakat di JOHOR, ini kerana kebanyakkan orang JOHOR berbangsa jawa dan tempe merupakan makanan rujin bagi masyarakt di sini. Tempe juga, mempunyai khasiat yang tersendiri yang mampu membantu sistem pertumbuhan badan dengan lebih baik bahkan khasiat tempe sangat banyak. Sebagai panduan cik nieza selitkan sekali 10 khasiat tempe yang kawan-kawan perlu tahu.



 10 Khasiat Tempe buat panduan kawan-kawan 
1Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah 
dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.-elak keracunan 
makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan 
sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk mereka yang 
ada darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat 
mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung. – yang 
sakit jantung pun bagus.

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar 
hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), 
protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut 
terkandung dalam tempeuntuk wanita atau model2 yang takut 
gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe 
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang 
tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang 
mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada 
tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif 
kalau tak larat makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. – Harus di 
amalkan selalu.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan 
kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik 
infeksi ataupun degeneratif.- menyeimbangkan pengambilan gizi 
seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. – Elok untuk yang cepat 
marah.

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah 
osteoporosis.- haaa, dah tak payah lagi nak beli susu anlene yang 
mahal tu, makan tempe dah memadai. Kan dah jimat tuh. Hehe.
Banyak bukan khasiat yang terdapat pada tempe, hari nie dengan penuh kasih sayang,  cik nieza nak berkongsi sejenis masakan yang berasakan tempe iaitu

SAMBAL  TEMPE IKAN BILIS


selalunya, sambal tempe ikan bilis akan dimakan bersama dengan nasi panas, untuk pengetahuan kawan-kawan sambal ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai bekalan untuk perjalanan yang jauh. kat bawah nie resepinya ye~~

BAHAN-BAHAN
4 keping tempe
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan kacang tanah
20 tangkai cili kering ( dikisar )
2 labu bawang besar ( dikisar )
6 ulas bawang putih ( dikisar )
2 cawan minyak masak ( mengoreng )
2 biji limau nipis ( diambil jusnya )
gula secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masukkan tempe. goreng sehingga kekuningan ( angkat dan asingkan )
2. goreng ikan bilis ( jangan terlalu kering ) angkat dan asingkan
3. Goreng kacang sehingga garing. ( angkat dan asingkan )
4. keluarkan minyak tadi dan tinggalkan sedikit dalam kuali
5. kemudian tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
6. masukkan jus limau dan gula. tambahkan garam jika perlu
7. campurkan bahan yang telah digoreng tadi.
8. sedia dihidang

resepi dah ada, apa lagi jangan lupa mencuba....dadidu~~~ 
jumpa lagi di entri akan datang


hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
aka NIEZA











No comments:

Post a Comment