KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 22, 2012

PARK CHOY WITH OUSTER SAUCE.....



Assalamualaikum kawan-kawan….

Cik Ana harap kawan-kawan sihat walafiat dan selalulah amalkan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan yang berpanjangan…jaga kesihatan taw..ingatlah orang tersayang…ok kawan-kawan..entry pada kali ini Cik Ana ingin berkongsi mengenai  resepi sayur pak choi…pernah lihat tak sayur pak choi ni….rupanya seakan-akan sawi dan kelihatan kontot sedikit daripada sawi biasa. Mungkin tak ramai yang suka makan sayur ini. Macam-macam persepsi orang. Ada yang kata sayur ini ni pahit, ada yang memang alergi dengan sayur hijau dan pelbagai lagi pandangan dan alasan mereka untuk tidak memakan sayur …hihihi

Sayur pak choi mengandungi rendah kalori dan cukup untuk membekalkan sumber pemakanan seperti serat, vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Sayur ini perlulah direndam dan dicuci dengan teliti terutama bahagian batang yang dikhuatiri mempunyai pasir.

jeng...jeng ini lah dia resepi 

PARK CHOY WITH OUSTER SAUCE




Bahan-bahan:

Serumpun Pak Choi (1 ikat) (dicelur)
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah dihiris
Sedikit ikan bilis
3 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Sedikit air

Langkah menyedia

1)  Celur sayur pak choy tadi. Angkat dan tos.
2)  Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
3)  Masukkan ikan bilis atau serbuk ikan bilis dan cili merah
4)  Masukkan sedikit lada sulah dan masukkan sos tiram.    Masukkan sedikit air dan gaul.
5)  Setelah selesai tuangkan kuah tadi di atas sayur pak choy yang telah di susun di dalam pinggan.
6)  Sedia untuk di makan bersama nasi.

jom....jom...jom....Cik Ana semangat nak masak ni...selamat mencuba kawan-kawan...


hasil coretan
SITI FARHANA SHAMSUDDIN






No comments:

Post a Comment