KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

LABU MAKANAN BERKHASIAT

ASSALAMUALAIKUM

entry kali ni, miss abby nak kongsi antara makanan kegemaran Rasulullah S.A.W... 

apa dia?? agak-agaknya apa ye..

nabi suka makan BUAH LABU.



Buah labu tidak boleh dimakan mentah seperti ulam-ulaman, 

salad dan sebagainya.Buah labu isinya lembut bila dimasak .

Di antara masakan orang Melayu di Malaysia ini ialah labu 

masak lemak cili api, masak lemak putih campur bayam dan 

dibuat kuih-muih seperti pengat, serawa, lepat, juga dikukus 

makan dengan kelapa dan gula, dan lain-lain cara masakan 

lagi. 


Antara khasiat dan manafaat makan labu ialah:

    1. Menyejukkan bahang dalam perut
    2. Menghilangkan dahaga
   3. Menghilangkan panas badan
   4. Bagus untuk hempedu
    5. Mencergaskan minda (otak)
    6. Baik untuk mata
    7. Melembutkan urat perut

Tersebut bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 

makan labu, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah 

Hadis yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At-Tirmidzi:

“Daripada Abi Tolut, katanya: “Aku telah berjumpa 

Anas Bin Malik semasa ia sedang menikmati masakan 

labu, dan ia (Anas bin Malik) berkata: “Amboi!  Hai 

pohon, betapa eloknya engkau, betapa sukanya aku 

kepada engkau kerana suka Rasulullah Sallallahu 

‘Alaihi Wasallam akan dikau.”  Ghariib


Tersebut dalam Hadis yang lain, meriwayatkan bahawa Nabi 

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam amat suka makan labu, 

sebagaimana tersebut dalam  Hadis yang dikeluarkan juga 

oleh Abu ‘Isa At-Tirmidzi:

“Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: “Telah aku lihat 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mencari-cari 

labu dalam pinggan, kerana gemarnya Baginda akan 

labu itu, hingga jika ada daging bersama-samanya 

(labu) di hadapan Baginda, ditinggalkannya daging 

itu.”

Maka sentiasalah pula gemar aku (Anas bin Malik) 

makannya semenjak aku lihat Nabi Sallallahu ‘Alaihi 

Wasallam sukakan dia.”  Hasan dan Sahih


“Daripada Saiyidatina ‘Aisyah r.anha: “Bahawasanya 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda 

Baginda kepadaku (Saiyidatina ‘Aisyah r.anha): 

“Apabila engkau membuat masakan, maka 

banyakkanlah olehmu di dalamnya labu merah itu 

kerana bahawasanya ia (labu merah) itu menguatkan 

hati orang-orang yang berdukacita.” 



ha... banyakkan khasiat labu.. jadi apa kata mari kita ke pasaraya, 

cari LABU untuk menu tengahari ni...


eh, nak masak apa labu tu??


LABU MASAK LEMAK



BAHAN-BAHAN
1 biji labu manis saiz sederhana
10 tangkai kacang buncis
3 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT
  1. Labu dikupas kulitnya, buang biji kemudian dipotong kiub besar2 dan toskan. Kacang buncis dikerat pendek. Ketepikan.
  2. Masukkan labu ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering dan serai titik. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Bila labu lembut sedikit, masukkan kacang buncis, lada hitam tumbuk dan santan pekat.
  3. Tambah serbuk kunyit dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan hingga mendidih, masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..

ha... apa lagi.... JOM pekena labu tengahari ni....

SELAMAT KE DAPUR



Salam Dari Dapur,

SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby


1 comment: