KUNCI KERAJAAN

Monday, December 17, 2012

MAKAN PERLU BERINGAT

~~~SALAM SEJAHTERA~~~

Apa khabar kawan-kawan cik nieza, semuanya sihat? maklum sajalah cuaca sekarang memang tak menentu.  Jadi kawan-kawan jangan lupa makan ubat kalau badan mula rasa tak sihat. takut makin berlarutan pula sakit kawan-kawan nanti. 

Kawan-kawan tahu tak!!!!, terdapat pelbagai masalah pencemaran yang melibatkan makanan.
pencemaran makanan bukan sahaja akan mengugat kesihatan kawan-kawan bahkan ianya boleh mendatangkan MAUT!!!!.....ish ish ish!!!! dasyattt kan!!! cik nieza dengar pun takut. TAKUT~~TAKUT~~

Cik nieza ada baca satu artikel yang mengatakan dari tahun 1986 hingga 1991 tinjauan yang dibuat di kilang roti telah menemukan lipas, sarang labah-labah, di dalam acuan membuat roti dan di dapati hampir kesemua peralatan yang di gunakan dalam penghasilan roti berkarat...wekKKK~~~

Selain itu juga, di dalam buku makanan berbahaya yang dikeluarkan oleh persatuan penguna Pulau Pinang mengatakan hampir kesemua tinjauan yang dilakukan di kedai makan didapati para pengusaha telah menggunakan air yang telah dicemari dengan kekotoran untuk membasuh pinggan mangkuk, manakala di kilang pembuatan putu mayam di Pulau Pinang pula mereka mengesan para pekerja tidak berpakaian hanya menggenakan kain sarung dan ada pekerja yang merokok sambil menghasilkan putu mayam tersebut....yerkkkk~~~~



Bakteria penyebab penyakit yang terdapat di dalam makanan 




ini fakta , keracunan makanan mendatangkan maut





Jarum yang dijumpai didalam makanan.




Yerkkkk~~~~ ulat dalam mee~~~~




Bila dah baca banyak-banyak benda yang melibatkan makanan yang telah dicemari ni, buat cik nieza takut untuk membeli makanan dari luar. Patutlah cik nieza selalu dengar " makanan yang dimasak sendiri adalah lebih baik " dan cik nieza amat bersetuju 100%~~ emmm mula lah rindukan masakan indok ~~


Jadi kawan-kawan haruslah bijak memilih tempat makan yang kawan-kawan nak pergi. Kalau ada kesempatan cik nieza sarankan baik kawan-kawan masak sendiri. Tidak kira lelaki atau perempuan ilmu masakan itu amat penting. Bila kita masak sendiri bukan sahaja dapat mengetahui tahap kebersihan masakan kita, bahkan kawan-kawan dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran memasak kawan-kawan.  Ha!!! jangan bila dah kahwin baru nak belajar, urmm majuk suami @ isteri kawan-kawan nanti.hehhehe


" Jangan sesekali memakan sesuatu di dalam gelap, kerana makan itu mungkin dicemari benda asing "  



~~~HATI YANG BERSIH
BERMULA DENGAN PERMAKANAN YANG HALAL~~~


HASIL IDEA ; NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA







No comments:

Post a Comment