KUNCI KERAJAAN

Tuesday, December 18, 2012

PERANGGU MEJA.....



ASSALAMUALAIKUM..

jeng...jeng..kawan-kawAn masih ingat lagi tak PERANGGU MEJA....kita dah belajar masakan, jadi kita kena tahu bagaimana untuk menyediakan dan menghidang makanan kita di atas meja beserta kutleri. Kaedah ini di kenali sebagai peranggu meja.

Entry pada kali ini Cik Ana hendak berkongsi mengenai pandua untuk menyediakan peranggu meja..mesti ada yang tertanya-tanya..apa peranggu meja tu…peranggu meja ialah persiapan meja makan yang lengkap dengan alatan menghidang yang betul dan sesuai dengan susun atur yang betul. Manakala kutleri pula ialah semua jenis sudu, garfu, dan pisau makan yang digunakan semasa makan di meja hidangan.

Panduan Menyediakan Peranggu Meja

Panduan pertama yang perlu dilakukan ialah menggunakan alatan yang bersih dan kering. Alas meja dan napkin yang digunakan juga mestilah bersih. Gunakan alas meja atau saperah yang bersesuaian dan bentangkan dengan rata di atas meja hidangan. Alaskan hidangan panas dengan alas pinggan. Manakala aturkan kutleri dan pinggan dengan jaraj 2.5cm dari tepi meja. Mulut gelas hendaklah dihalakan ke atas. Letakkan gelas disebelah kanan hujung sudu atau pisau.  Jika makan dengan tangan, letakkan gelas di sebelah kiri pinggan. Letakkan garpu dengan menunjukkan jejarinya ke hadapan di sebelah kiri pinggan makanan. Langkah akhir sekali ialah letakkan gubahan bunga yang rendah dan ringkas untuk menyerikan meja hidangan.


Sajian Cara Melayu

 













1.Alas meja atau saperah digunakan untuk mengalas sajian.
2.Orang Melayu makan dengan menggunakan tangan kanan.  Oleh   itu, kendi air disediakan untuk mencuci tangan sebelum, semasa, dan selepas makan.
3.Gelas minuman diletakkan di sebelah kiri pinggan makan.

Sajian Cara Cina



1. Biasanya meja hidangan berbentuk bulat digunakan.
2.Penyepit diletakkan di atas pengalas penyepit dan disusun di   sebelah kanan pinggan / mangkuk.
3.Cawan teh diletakkan di sebelah kanan penyepit.

Sajian cara India



1.Pinggan dan mangkuk kalis karat digunakan untuk menyaji makanan.
2.Kendi air disediakan
3.Gelas air diletakkan di sebelah kiri   pinggan dan mangkuk kalis karat atau daun pisang.

Sajian Cara Barat


 


1.Menggunakan alas meja dan lapik pinggan sebagai alas sajian.
2.Gelas minuman diletakkan disebelah kanan pinggan makan.
3.Camca,sudu,garpu dan pisau digunakan dalam sajian cara Barat.
4.Nepkin meja di sediakan di atas meja hidangan.

Ok lah..kawan-kawan..setakat ini sahaja yang Cik Ana dapat berkongsi mengenai peranggu meja...Cik Ana harap dengan perkongsian ini menambahkan lagi ilmu pengetahuan kawan-kawan...


"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN


1 comment: