KUNCI KERAJAAN

Monday, December 24, 2012

MEE REBUS JOHOR


Alooooo~~~~~ semua, bila sebut makanan yang terkenal di Johor, sudah semestinya kita akan terbayangkan nasi beriyani, kacang pool dan soto. Bagi cik nieza, cik nieza amat mengemari MEE REBUS JOHOR. Bagi cik nieza, mee rebus johor adalah makanan negeri paling terbaik yang cik nieza amat gemari sejak dari dulu lagi.

Di johor terdapat sebuah restoren MEE REBUS TULANG yang terbaik dari segi keenakkanya memang tiada tandingan. 


RESTOREN ZZ YANG SANGAT POPULAR DI NEGERI JOHOR




~~~MEE REBUS TULANG~~SLURPP SLURPPP~~~


Macam biasa lah, bila dah penat bercok cek, cik nieza nak berkongsi resepi penghasilan mee rebus pada kawan-kawan semua. Kawan-kawan jangan lupa cuba ye!~~~


MEE REBUS JOHOR

BAHAN-BAHAN

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar                                                                        
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan

 Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan

tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.



RESIPI MEE REBUS TULANG

Bahan-bahan ( 4-5 org )

600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH)
taugeh
3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
3-4 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah n bawang merah
caipo n limau kasturi


Bahan kuah

5 sb lada boh
3-4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2-3 batang serai
1 inci lengkuas
2 sb udang kering
2 sb campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cwn santan pekat
2 sb taucho
1 1/2 sb gula merah
garam n perasa jika suka


CARA PENYEDIAAN

Rebus tulang hingga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda 
masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap...




~~ KAWAN-KAWAN JANGAN LUPA CUBA YE~~~


HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA








AIR KATIRA

Apa khabar kawan-kawan semua. Hari nie cik nieza nak berkongsi salah satu minuman yang sangat popular di JOHOR iaitu 


AIR KATIRA





untuk pengetahuan kawan-kawan semua, air katira sangat berfungsi untuk minuman yang menyegarkan badan. Pada kebiasaanya air katira akan dijual di pasar malam dan terutamanya pada bulan puasa. Jualan air katira amat mengalakkan. 

kandungan air katira yang mempunyai pelbagai bahan penyejuk badan dan herba menjadikan air ini, pilihan ramai pengemarnya. Antara bahan yang biasa di masukkan sekali dalam penghasilan air katira ialah seperti biji selasih, beras bali, kembang semangkuk dan pelbagai lagi



BAHAN YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN AIR KATIRA


keenak air katira bukan sahaja digemari oleh rakyat Johor bahkan turut dinikmati oleh negeri lain di Malaysia. 

Dengan penuh kasih sayang, cik nieza nak berkongsi resepi penghasilan Air katira dengan kawan-kawan semua.

BAHAN
 ( 7-8 orang )

2 ltr air
240 g gula pasir
15 biji badam tanpa kulit
1 tin susu cair
100 g katirah 
beberapa titik pewarna hijau 

BAHAN LAIN

1 sb biji selasih - direndam berasingan
buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
agar2 siap makan - disagat
secukup ketulan ais

CARA PENYEDIAAN

1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.
3. Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.
4. Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.



~~~ SELAMAT MENCUBA~~


HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA










BUBUR NASI BUAT PERMATA HATI

ASSALAMUALAIKUM

apa khabar? diharapkan semuanya sihat la ye. 

ibu-ibu kat luar sana yang ada baby kecil.. 

seperti yang kita semua sedia maklum, baby ni hanya boleh makan makanan yang lembut bila dah sampai umur sepatutnya. hmm makan apa? sinonimnya, BUBUR NASI...

tapi, hati-hati ye. sebab miss abby pernah terbaca artikel mengenai....


jadi, entry kali ni miss abby nak kongsi resipi bubur nasi yang mudah untuk bayi. ibu-ibu sekarang, rata-ratanya bekerjaya. namun, jangan abaikan tanggungjawab pada permata hati kita ye!

BUBUR NASI


bahan-bahan
* 1/4 cawan beras
* 3 cawan air
* sedikit lobak merah dipotong kecil2

Cara membuatnya

* Masakkan beras, air dan lobak dengan api kecil.

* Tambah air jika perlu.

* Angkat dan biarkan sejuk sedikit.

* Blend atau lenyekkan guna penapis bagi bayi yang baru 

belajar makan

*sedia untuk dimakan...





sedap ye sayang umi masakkkk.... :-p
makan banyak-banyak ye. nanti cepat besar!



Salam Sayang,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

SEDAPNYA BAU.. CEMPEDAK

ASSALAMUALAIKUM...

hmm sedapnya bau...... buat miss abby tak tahan kalau terbau.. mesti nak cari dari mana datangnya...

bau apa?? 

CEMPEDAK... hihi



miss abby memang suka sangat-sangat CEMPEDAK GORENG. kawan-kawan kat luar sana pun mesti suka cempedak jugakan.. :-p

kalau buat juadah minum petang, memang syokla... beli sebiji buah cempedak, terdapat banyak ulas di dalamnya. memang puaslah makan!!

mari kita lihat cara nak sediakan cempedak goreng:




BAHAN-BAHAN
1 biji cempedak (kurang lebih 35 ulas isinya)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan air + lebih sedikit kalau bancuhan pekat sangat
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning makanan

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan tepung tadi, kacau rata dan masukkan telur. Gaul rata dan tuang air (2 cawan) sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang licin, jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air (jangan cair sangat, nanti tak melekat pada isi cempedak).
  2. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan perwarna kuning makanan. Kacau rata. Masukkan isi cempedak dan goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas 2-3 helai kitchen paper towel dan biar minyak terserap. Boleh hidangkan.

*Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak untuk sekali goreng tapi kalau kuali atau bekas gorengan anda besar, tidak mengapa. goreng 10 - 12 ulas saja sekali goreng. Guna api sederhana dan kacau selalu. Jumlah bancuhan tepung agak banyak sebab isi cempedak banyak, jadi anda pandai2 lah adjust mengikut kuantiti isi cempedak yang anda guna...


selamat mencuba yer!

semoga suami dan anak-anak, bertambah sayang!


Salam Dapur,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

TAK NAK SAYUR!!

ASSALAMUALAIKUM...

anak cuma nak makan ayam??
anak suka makan coklat??
anak tak nak makan sayur??

hmm itu antara kata-kata para ibu bapa yang sering kita dengari.kanak-kanak sangat sukar untuk makan sayur-sayuran. walhal, sayuran adalah nutrien yang sangat penting buat tubuh badan manusia.




Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan

atau bahagian tumbuhan yan dimakan secara 

mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, 

salad atau lauk, bukan pencuci mulut dan 

bukan makanan ruji atau snek. Sayur boleh 

dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu 

jenis daun, buah dan ubi. 



buat para ibu bapa, 

  • latihlah anak-anak anda makan sayur sejak mereka kecil lagi.

  • jika anak anda tidak mahu juga makan sayur, gunalah inisiatif lain. contohnya, buat sup sayur. atau mencampurkan sayur dalam masakan ayam. 

  • beritahu anak-anak tentang pentingnya khasiat sayuran buat pertumbuhan mereka.






miss abby sendiri, sangat sukakan sayur-sayuran. tak kiralah sayur apapun. kalau makan 

tak ada sayur, tak lengkap rasanya miss abby 

makan.. :-p


jadi, nasihat miss abby pada pembaca di luar sana, 

amalkanlah gaya pemakanan yang sihat. 



Salam Kesihatan,

SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

KESAN MAKAN MEE SEGERA....


Assalamualaikumm....

entry pada kali ini cik ana mahu berkongsi kesan terhadap pemakanan mee segera...kawan2 pernah makan tak...ok jom kita lihat kesan sampingan terhadap pemakanan mee segera....

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa mee segera sangat terkenal dikalangan pelajar terutama pelajar university. Faktor kekangan masa dan wang menyebabkan pengambilan mee segera ini diambil secara kerap.Mee segera ini sangat murah dan mudah penyediaanya.Namun kita perlu sedar bahawa tidak semua yg MURAH dan MUDAH itu baik untuk kesihatan kita…

Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Tahukah kawan2 kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya.Waaaa..bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
Kawan-kawan jangan terkejut taw…dahsyatkan.. tapi inilah fakta.. kawan2 Digalakkan jangan minum sekali air yang digunakan untuk memasak mee kerana air tersebut akan melepaskan bahan-bahan yang membahayakan badan kita. Terdapat laporan bahawa seorang murid yang gila jimat duit makan mee segera tiap-tiap hari, akhirnya meninggal dunia selepas tamat pelajaran!
 Hmmm..cik ana cadangkan..rajin-rajinkan diri untuk masak makanan yang lebih berkhasiat. Kurangkan pengambilan mee segera jika ia menjadi makanan rutin,cuba jarakkan 4-5 hari.

"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

Sunday, December 23, 2012

3 LAYER 3 BENUA

Hai kawan, kawan tengah buat apa tu. Bila jalan-jalan di bandar tekak terasa dahaga pulak, cik nieza dengan kawan cik nieza pun singgah lah di restoren untuk menyegarkan tekak. Tengah duduk-duduk menunggu encik Waiter datang ambik tempahan makanan. cik nieza terpandang satu meja nie, diowang punya khusyuk menikmati minuman 3 lapis.

bila encik Waiter datang cik nieza pun order lah minuman yang sama macam yang cik nieza tengok tu. Encik waiter kata nama Minuman  tu 3 layer 3 benua...


Bila sampai jew minuman tu, sekali cik nieza tengok memang sayang sangat nak kacau, nak ubah rupa air tu, tapi bila dah rasa memang ummppPP!!!!! lah rasa dia



INILAH AIR 3 LAYER 3 BENUA AMAT MENYEGARKAN


untuk pengetahuan kawan-kawan sebenarnya, air nie air teh ais jew. Tetapi disebabkan cara persembahan yang digunakan membuatkan air ini menjadi tarikan pelanggan yang datang ke restoren tersebut. 

Macam biasa bila dan bercok cek cik nieza tak lupa untuk berkongsi cara membuat air 3 layer 3 benua ni pada kawan-kawan semua



BAHAN
Gula melaka yang dicairkan dengan 1cawan air 
susu cair dairi champ 
4uncang teh lipton dengan air panas.


CARA PENYEDIAAN:
1. Tuang dengan prlahan gula melaka di dalam gelas
2. Tuang dengan sangat perlahan susu cair, letakkan beberapa ketul air batu dan tuang dengan  perlahan air teh panas kedalamnya. 
3. Sedia dihidang

~~~SELAMAT MENCUBA~~~

HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA








KETUPAT

  ~~~~ASSALAMUALIKUM~~~

Bila sebut pasal ketupat mesti akan ingat hari raya sahajakan, tetapi tidak pada keluarga cik nieza. Buat masa sekarang ni, kami amat sibuk menganyam ketupat untuk dijamu kepada tetamu yang akan datang sempena majlis yang akan berlangsung pada esok hari.




INILAH KETUPAT YE KAWAN - KAWAN



Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.



Ketupat palas


Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi

Untuk pengetahuan kawan-kawan ketupat akan biasanya akan dimakan bersama rendang dan kuah lontong. Bagi kawan-kawan yang masih tidak tahu untuk menganyam ketupat bolehlah mula belajar cara menganyamnya dengan kawan-kawan atau sedara mara kawan-kawan. Disini juga, cik nieza nak berkongsi resepi pembuatan ketupat ni dengan kawan-kawan



Bahan-bahan ( 18 biji )

8 cawan Beras pulut - basuh, rendam 2-3 jam & tapis
Santan secukup nya - agak2 tenggelam ketupat
1 sudu besar Garam
1 helai Daun pandan
+/- 18 biji Kelongsong ketupat


CARA PENYEDIAAN

1. Rebus ketupat dgn santan, daun pandan & garam sehingga santan kering & keluar minyak. Tips, kalau santan cair tak keluar minyak nya & ketupat pun tak lemak, so pastikan santan tu kow...!
2. Hidangkan dgn rendang atau lauk kegemaran kawan-kawan. Kalau mkn panas2 memang lagi best.
Ketupat ni tahan sampai 2 hari tak basi sbb rebus sampai keluar minyak. Tapi kena lah panaskan tiap hari. Senang je nak panaskan, tempek je atas kuali dgn api yg kecil - lagi best jadi nya.





~~~SELAMAT MENIKMATI KETUPAT WALAUPUN BUKAN HARI RAYA~~~

HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA


KHASIAT TELUR


    

cantikkan assalamualaikum kali nie, inilah seni khat KUFI. Cik nieza memang minat sangat dengan khat kufi nie, dan teringin untuk mendapatkan koleksi KUFI untuk dihias didinding rumah encik Ambok dengan Puan indok~~

Baiklah, pada hari nie, cik nieza nak berkongsi mengenai salah satu bahan makanan seharian kita iaitu 

TELUR AYAM




Untuk pengetahuan kawan-kawan terdapat pelbagai khasiat telur ayam yang kawan-kawan perlu tahu.  Terdapat beberapa khasiat telur yang mampu memberi kesan baik pada tubuh kita. Tetapi, jangan lah kawan-kawan mengambil telur dengan kadar yang terlalu banyak kerana telur juga mampu memberi kesan yang buruk kepada tubuh keranan mengandungi kadar kolestrol yang tinggi terutama pada bahagain kuningnya. 






  • Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak biji-biji padi yang memiliki pigmen kuning dan oren yang dimakan oleh ayam betina, makin pekatlah warna kuning telurnya.

  • Warna telur juga bervariasi sesuai usia dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindari memakan telur yang warna putihnya agak merah muda atau berubah warna lain.
  • Kadang-kadang terdapat sedikit darah di dalam telur. Darah ini berasal dari pembuluh darah di kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap selamat untuk dimakan.
  • Ketika dieram, suhu telur sekitar 40.5 darjah Celcius. Semakin dingin suhu, cairan di dalamnya akan mengendap dan terbentuk sel udara antara dua lapisan telur.
  • Seekor ayam betina mampu bertelur purata 250-270 biji telur setahun.

  • Sebahagian besar rakyat Amerika lebih menyukai telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia, telur ayam kebanyakan berwarna coklat.
  • Dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih amis dan kulitnya memiliki ruang liang halus yang lebih besar sehingga lebih mudah dijadikan telur masin


~~~SELAMAT MENIKMATI~~

HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA

KEGUNAAN ROTI

ASSALAMUALIKUM SEMUA

Kawan-kawan selalu ambil roti tak untuk permakanan seharian, kawan-kawan tahu atau tidak, terdapat pelbagai kegunaan lain roti selain daripada untuk menikmatinhya bersama air milo?



tahukah kawan-kawan roti yang bukan sahaja mengenyangkan mampu mengharumkan peti sejuk kawan-kawan di rumah?

Peti sejuk jika tidak dijaga dengan baik akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Pelbagai bahan mankanan yang disimpan di dalam peti sejuk seperti ayam, daging, sayur. 
untuk itu, bagi mengatasi masalah ini, masukkan dua tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari di dalamnya. kemudian gantikan dengan roti baru. Dengan cara ini, bau peti sejuk akan dapat dikurangkan. 


daun pandan mampu memberi keharuman 


Bagi kawan-kawan yang mempunyai masalah kereta berbau juga boleh menggunakan kaedah yang sama pada kereta kawan-kawan, selepas bau kereta yang kurang menyenangkan itu hilang, cik nieza sarankan kawan-kawan mengambil beberapa helai daun pandan dan diletakkan di dalam kereta kawan-kawan dan semestinya, kerata kawan-kawan akan menjadi sangat harum~~~




~~~~SELAMAT MENCUBA PETUA NENEK~~~


HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA










BAWANG PUTIH

~~~ASSALAMUALAIKUM SEMUA~~~

Hari ni, cik nieza nak berkongsi mengenai khasiat bawang putih pada kawan-kawan semua. 


Bawang putih (Allium sativum) 
merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik , dan kucai.
 Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang membentuk satu rumpun bebawang



Bagi yang mengalami masalah kesihatan pula, bawang putih amat mempunyai khasiat penyembuhan

bagi mereka yang mengalami masalah hidung berair. Cuba ambil seulas bawang putih dan buang kulitnya. Cucuk-cucukkan ia dengan pin sebanyak tujuh kali sambail berselawat. Tujuh kali saja tau... Jangan lebih pulak, nanti tak menjadi.

Kemudian masukkan ke dalam hidung anda dan tarik nafas. Ia akan pedis sedikit, tapi kenalah tahan sket tau kawan-kawan. Ulang dua hingga tiga kali. Insyaallah, masalah anda akan settel



Jika bawang putih dijadikan makanan, ia akan diserap ke dalam aliran darah kemudiannya tersebar melalui pelbagai organ seperti bahagian kulit, usus, paru-paru dan sistem perkumuhan air kencing

Semua organ-organ tersebut mendapat manfaat penyembuhan daripada khasiat bawang putih..


Untuk gangguan usus

Kualiti yang terdapat pada bawang putih juga digunakan untuk membantu merawat ulser. Untuk lebih berkesan makanlah tujuh hingga sembilan ulas bawang putih sepanjang hari mengikut cita rasa masing-masing.

Sama ada memakannya dengan susu atau ditaburkan di atas roti. Namun bagi ibu yang mengandung atau masih menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambilnya.

Untuk mengelakkan jangkitan

Sangat bagus untuk penyakit kaki makan air, ketuat, jangkitan-jangkitan kulit dan jerawat. Letakkan bawang putih segar yang telah dilecek ke dalam sekeping kain kasa dan sapukan pada kawasan yang terlibat.

Tip untuk dapur anda

Apabila membeli bawang putih pilihlah yang masih kukuh. Seharusnya kulit luarnya tegang, tidak pecah dan berwarna putih atau ungu.

Elakkan membeli bawang putih yang lembut dan lembap.




Bagi kawan-kawan yang takut menikmati bawang putih sebab takut mulut berbau, cik nieza sarankan baik kawan-kawan semua buang sikap takut untuk menikmati bawang putih dan cuba mengambil bawang putih sebiji sehari.


" JAGA LAH TUBUH KITA UNTUK KESIHATAN SEPNAJANG ZAMAN"


HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA