KUNCI KERAJAAN

Thursday, December 6, 2012

RAHSIA GARAM…



ASSALAMUALAIKUM .. teman-teman NUSANTARA BERARENA TIMUR..apa khabar.…..
jom kita kongsi-kongsi cerita..kongsi-kongsi rahsia…

Entry pada kali ini cik ana nak bagi taw RAHSIA…syuuuu..jangan bagi taw orang lain taw..kita-kita je erkkk..aisyyy..apa la cik ana ni….benda baik ni tak elok disorokkan…berkongsi laaa..tak rugi pun kan..kan..kan… rahsia cik ana ni besar taw…jeng-jeng…

RAHSIA GARAM
Haahahaha….

Apa itu garam…
Garam merupakan sejenis galian hasil bumi. Ia sangat penting kepada semua hidupan tetapi harus diingat, jika diambil secara berlebihan, ia boleh menjadi pembunuh.

Rasanya semua orang taw kan..apa itu garam dan apa itu gula…
mmmmm..mana yang lebih sedap dan penting antara kedua bahan ini…

sudah tentu ramai yang memilih gula..betul tak??
Ok bagi cik ana, cik ana akan pilih garam..sebabnya jika air minuman tanpa ada gula, kita masih boleh minum kan..tapiiii..jika ketiadaan garam hilang semua rasa yang ada dalam masakan itu…hebatkan garam ni….
Ada yang mengatakan garam itu adalah
 “penghulu segala lauk pauk ialah garam”

Petua garam:
-        Garam mampu menghilangkan tahi kerang iaitu dengan merendamkan kerang bersama garam. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan “tahi”kerang tersebut.

-        Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam.

-        Garam  boleh merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam. Malahan juga garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

-        Selain itu, garam juga boleh digunakan untuk mencuci perut…minum air suam dengan sedikit garam kasar...


waaaaaaa kawan-kawan banyakkan rahsia garam...

tapi ingat taw..kurangkan garam dalam masakan harian..
garam yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan kita...

ok kawan-kawan..setakat ini je rahsia cik ana boleh kongsi...

byeee.....

sayangilah diri kita...
ingatlah orang tersayang

sekadar coretan hati
SITI FARHANA BINTI SHAMSUDDIN










No comments:

Post a Comment