Nama Resipi :
Crab Meat And Egg Drop Soup
Porsi :
2 orang
BAHAN-BAHAN
Kuantiti Bahan Peralatan
10 g Minyak masak Periuk
10 g Bawang besar ( dicincang ) Senduk
5 g Stok ayam Pisau
1 biji Telur Chopping board
(dipukul sehingga kembang )
10 ml Air
10 g Tepung jagung
200 g Isi ketam
5 g Garam dan lada sulah
1 helai Daun bawang - dimayang halus untuk hiasan
Langkah penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga terbit bau dan agak kekuningan.
2. Kemudian masukkan stok ayam dan biarkan ianya mendidih.
3. Setelah itu, masukkan isi ketam dan renehkan selama lebih kurang 8 hingga 10 minit. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Perlahankan api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan dikacau secara satu arah sahaja.
5. Kemudian masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk melikatkan bahan.
Selamat mencuba kawan-kawan
Hasil idea : Noraniza binti hj Md japar
aka Cik nieza
No comments:
Post a Comment