KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 16, 2012

REMPAH THAILAND

~~~Selamat petang semua~~

Kelas amali yang lepas cik nieza dengan unit telah mempelajari masakan Thailand yang mempunyai keunikan yang tersendiri. masakan thailand untuk pengetahuan kawan-kawan semua banyak menggunakan variasi rempah yang mampu memberi rasangan nikmat dan kelenjar air liuh kita, untuk terus mengunyah dan terus mengunyah~~~ dasyatTTT kan !!!

Semasa di kelas teori haritu Puan kami telah mengajar dan menerangkan beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan thailand. Untuk perkongsian bersama cik nieza berkongsi sedikit ilmu yang cik nieza dapat semasa di kelas teori haritu

1. PES KARI MERAH



Pes kari merah biasanya digunakan dalam masakan Thailand, untuk mendapatkan rasa pedas dan aroma lada dan bawang yang kuat. selalunya pes kari merah digunakan untuk memasak masakan ayam atau daging


2. Pes Kari Kuning
                               


                                                               
     

                                                 
Pes kari kuning pula, merupakan campuran antara kari merah yang kat atas nie dengan kunyit. Kunyit yang digunakan sama ada kunyit serbuk mahupun kunyit hidup. Ini disebabkan kunyit mampu memberikan warna kuning yang kuat dan aroma yang lebih wangi pada masakan. Pes kari kuning sangat sesuai digunakan untuk memasak makanan laut macam ikan dan sotong. 

contoh masakan :  Thai kari kuning bersama nenas


3. Pes Kari Hijau 

Pes kari hijau yang berada dipasaran 


Merupakan kombinasi pelbagai bahan dan rempah yang dikisar halus. Antara bahan yang digunakan adalah seperti cili hijau, ketumbar, jintan putih, bawang merah, bawang putih, daun selasih, lengkuas, daun limau purut dan pelbagai lagi. kebiasaannya pes kari hijau digunakan untuk memasak ayam.


4. Pes Musamman 





Manakala pes musamman pula merupakan campuran bahan seperti cili kering, ketumbar, jintan putih. pes ini mampu memberi rasa kepedasan pada masakan disebabkan penggunaan cili kering sebagai bahan utama dalam penyediaam pes. Kebiasaanya pes ini digunakan untuk memasak ayam dan daging 



p/s : untuk entri akan datang cik nieza akan berkongsi resepi pembuatan pes ini pula ye~~~ tunggu~~~

 Hasil idea : Noraniza binti hj md japar
aka cik nieza

No comments:

Post a Comment