KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

KETUPAT

  ~~~~ASSALAMUALIKUM~~~

Bila sebut pasal ketupat mesti akan ingat hari raya sahajakan, tetapi tidak pada keluarga cik nieza. Buat masa sekarang ni, kami amat sibuk menganyam ketupat untuk dijamu kepada tetamu yang akan datang sempena majlis yang akan berlangsung pada esok hari.




INILAH KETUPAT YE KAWAN - KAWAN



Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.



Ketupat palas


Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi

Untuk pengetahuan kawan-kawan ketupat akan biasanya akan dimakan bersama rendang dan kuah lontong. Bagi kawan-kawan yang masih tidak tahu untuk menganyam ketupat bolehlah mula belajar cara menganyamnya dengan kawan-kawan atau sedara mara kawan-kawan. Disini juga, cik nieza nak berkongsi resepi pembuatan ketupat ni dengan kawan-kawan



Bahan-bahan ( 18 biji )

8 cawan Beras pulut - basuh, rendam 2-3 jam & tapis
Santan secukup nya - agak2 tenggelam ketupat
1 sudu besar Garam
1 helai Daun pandan
+/- 18 biji Kelongsong ketupat


CARA PENYEDIAAN

1. Rebus ketupat dgn santan, daun pandan & garam sehingga santan kering & keluar minyak. Tips, kalau santan cair tak keluar minyak nya & ketupat pun tak lemak, so pastikan santan tu kow...!
2. Hidangkan dgn rendang atau lauk kegemaran kawan-kawan. Kalau mkn panas2 memang lagi best.
Ketupat ni tahan sampai 2 hari tak basi sbb rebus sampai keluar minyak. Tapi kena lah panaskan tiap hari. Senang je nak panaskan, tempek je atas kuali dgn api yg kecil - lagi best jadi nya.





~~~SELAMAT MENIKMATI KETUPAT WALAUPUN BUKAN HARI RAYA~~~

HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA


No comments:

Post a Comment