KUNCI KERAJAAN

Friday, December 14, 2012

A.C.A.R B.U.A.H

ASSALAMUALAIKUM...

cepatnya masa ni berlalu. hari ni dah masuk 1 safar. ini bermakna bulan muharam telah pergi meninggalkan kita.. 

sihat ke? hari ni miss abby rasa macam tak berapa sihatla. kepala pening. berat je rasanya. mungkin terlalu memikirkan sesuatu perkara ni. huhu.. tapi tak pe. semuanya bisa diatur.. insyaAllah.. semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik..

bila miss abby terasa tidak sihat ni, teringat la pula pada insan kesayangan miss abby, PN HJH MEDAH HUSSIN.. 


rindunya kat emak dan ayah!! (gambar kenangan semasa ke Langkawi bersama keluarga)

bercakap tentang mak ni, miss abby teringat la pula pada satu makanan yang mak miss abby suka. nak tahu tak? hihi.. mak miss abby ni kalau makan, suka ada 

ACAR BUAH

 katanya, "buat penambah selera" bila makan dengan nasi. yela, rasanya yang MASAM, MANIS dan PEDAS pasti membuatkan kita lebih berselera.

 tapi biasanya mak beli je, tak buat sendiri. tapi tak pe, lepas ni miss abby nak cuba buat, khas untuk mak. ini resipi yang miss abby dapat dari salah seorang chef yang dah pun hasilkan buku masakannya sendiri, CHEF HANIELIZA. 



ACAR BUAH 

Bahan 

500 gm buah campur 
[kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil] 

sedikit cili api jeruk [jika suka] 

belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]

jeruk limau

Bahan Mesin Halus 
500 gm bawang kecil 
10 ulas bawang putih 
10 cm halia 
100 gm cili kering 
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak] 

500 gm minyak 
500 gm gula pasir 
1 botol kecil cuka 
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak] 

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak. 
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi. 
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat. 
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering. 
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

ha... mudah je kan.. kena cuba ni. acar buah ni juga mudah didapati di kedai-kedai kerana ia telah dikomersialkan dan dibotolkan. kerana ia merupakan salah satu produk yang tahan lama. 


nampak sedapkan... 


acar buah ni juga selalu juga boleh dijumpai di majlis perkahwinan. 

selain tu, acar buah ni juga boleh didapati dalam "Nasi Bukhara".


oklah kawan-kawan, SELAMAT MENCUBA dan MENJAMU SELERA yer... miss abby undur diri dulu. 

SALAM JUMAAT.


Salam Acar Buah,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby


1 comment: