KUNCI KERAJAAN

Wednesday, December 12, 2012

~~~~SAWADIKAP~~~~~~

sawadikap~~~~ kap kup kap~~~~ 
masuk pintu keluar tingkap~~~ ooPPPPPSSS ~~ jangan yeee..heheh 

oppss!!! tersasul pulak cik nieza tengah-tengah malam nie. Bukan apa cik nieza excited!!!!! excited nak masuk kelas amali, almaklumlah minggu lepas cik nieza tak dapat masuk kelas di sebabkan masalah kesihatan yang amat buruk.emmm cedihh!!

pada minggu ini tibalah masa untuk unit masakan VEF 3056 mempelajari masakan Thailand. Ha!! sebab tu ber kap kup kap jew nie. hehhehe.
 salah satu menu yang cik nieza betul-betul tidak sabar untuk membuatnya ialah SOMTAM.


inilah rupa SOMTAM...somtam ini diambil daripada nama cik som dengan pak tam... tu yang jadi SOMTAM..jangan caya cik nieza gurau je

untuk pengetahuan kawan-kawan somtam nie ada keistimewaannya yang tersendiri. Hal ini kerana bahan utama yang digunakan dalam penghasilannya iaitu BETIK!!!


Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 
100g betik , ia mengandungi :


59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,

92.1g air,

1.0g protein,

0.1g lemak,

13.5g karbohidrat,

0.5g serat,

0.5g abu,

31.0mg kalsium

0.8mg magnesium

17.0mg posporus

1.0mg zat besi

2.0mg sodium


337.0mg potasium


vitamin B sebanyak 0.08mg,

vitamin B2 (0.12mg)

niasin (0.1mg

vitamin C (69.3mg)

karotin (2431ug)


Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari
kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding 
daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu.  
kajian pakar pemakanan dari University of California, San 
Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, setelah menganalisis 
kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa 
mereka yang kadar vitamin C yang rendah, ternyata risiko 
menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

         oh ye, di kesempatan ini juga, cik nieza nak 
         berkongsi cara-cara membuat SOMTAM, klik 
klik!!!



orang Thailand cakap kap kup kap,
kalau tidur jangan lupa tutup tingkap

makanan thailand memang banyak cakap
kalau makan jangan jadi gagap
~~hehe~~ 


Hasil Idea : Noraniza binti hj md japar
aka cik nieza



No comments:

Post a Comment