KUNCI KERAJAAN

Friday, December 21, 2012

ETIKA MAKAN DI MAJLIS RASMI

ASSALAMUALAIKUM..

kawan-kawan semua, selamat berhujung minggu ye! pastinya waktu hujung minggu macam ni, kita akan cuba untuk luangkan masa bersama keluarga.. bersama suami/isteri, ibu bapa/ anak-anak/ saudara-mara... cuti sekolah pun tinggal seminggu je ni. pastikan pakaian dan kelengkapan anak-anak ke sekolah telah dibeli ye. jangan tunggu saat-saat akhir, mesti sesak pasaraya tu!

entry kali ni miss abby nak berkongsi tentang ETIKA MAKAN. 

definisi : tatasusila baik yang harus diamalkan semasa makan. semasa makan, kita mesti bersopan-santun, bertimbang-rasa dan bertatasusila.


jangan MAKAN GELOJOH! kerana "Makan secara gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang".


kalau kita ada jemputan makan di hotel untuk acara rasmi

harapnya kita mengamalkan etika makan yang betul. pastinya di 

meja tu, mereka dah hidangkan dengan pelbagai kutleri. pandai-

pandailah guna ye!




 Majlis makan rasmi
  • Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda mula makan.
  • Apabila makan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda.
  • Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu.
  • Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar.
  • Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat sekali.
  • Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.
    • Makanan utama dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu di tangan kiri, Garpu dengan posisi telungkup.
    • Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih tetap di tangan kiri.
    • Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan.
  • Sesudah selesai makan, pisau dan garpu hendaklah letakkan sebelah- menyebelah dengan posisi tangkai arah ke kanan dan hujungnya pula mengarah ke tengah


kalau nak bercerita tentang etika makan di hotel ni, memang agak berat sebenarnya. diharapkan dengan perkongsian ini dapatlah kita semua sedikit ilmu untuk diamalkan. 


macam sedap.. hihi.. (ini masakan barat ye, bukan timur!)


Salam Timur,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby



No comments:

Post a Comment