KUNCI KERAJAAN

Friday, December 7, 2012

TAIRU / SUSU MASAM

ASSALAMUALAIKUM....


selamat PAGI kawan-kawan.. semoga semuanya sihat hendaknya. hmm kelas amali semalam, kami ditugaskan untuk menyediakan SET MENU INDIA.. antara masakan yang dimasak ialah pakoras with cucumber raita, nasi beriani, ayam masak beriani dan dalca.. tapi bukan itu yang miss abby nak cerita dalam entry kali ini. hihi..

miss abby nak kongsi satu bahan baru yang telah miss abby pelajari.... Bagi penyediaan ayam masak beriani dan pakoras, terdapat sejenis bahan yang diperlukan iaitu TAIRU. ha... mesti kawan-kawan kurang tahu tentang bahan tu kan.. 





tairu adalah sejenis bahan yang selalunya digunakan dalam masakan India. ia adalah "susu masam" dan akan memberikan rasa masam pada masakan. tairu ni boleh didapati di kedai. NAMUN, kita juga boleh membuatnya sendiri. 


bahan-bahan:
1 tin susu cair
5 biji air limau nipis (1 1/2 cawan)

cara menyediakan:

masukkan air limau ke dalam susu cair.jangan 

digaul. tutupkan dan biarkan ia naik sendiri. 



*selain dalam masakan India, TAIRU ini juga boleh 

digunakan dalam masakan ayam masak merah.



inilah dia hasil masakan kami bagi minggu SET MENU INDIA



~SELAMAT MENCUBA~


Perkongsian Secebis Ilmu Masakan,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby





1 comment: