KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

MAKAN WAKTU MALAM?



Selamat malam semua, dah makan ke belum~~~~~
dah lewat-lewat nie jangan makan banyak sangat, tak baik untuk kesihatan kawan-kawan. 






Antara kesan yang boleh berlaku akibat daripada selalu mengambil makan pada waktu malam ialah


1. Akan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang KERANA ia tidak memberi  peluang kepada makanan @ lemak untuk dicernakan.

2. Yang ke-dua Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

3. Seterusnya, Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

4. Ia juga akan mengakibatkan Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

5. Tambahan lagi,penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

6. Ada lagi, Sindrom Makan Malam (NES);


Jadi kawan-kawan jangan amalkan makan malam ye, memang tak baik untuk kesihatan kawan-kawan.

Jika kawan-kawan terasa lapar pada waktu malam digalakkan untuk mengambil makanan seperti, amalkan snek bernutrien, berserat dan rendah karbohidrat seperti potongan lobak merah, seleri, betik, salad dan epal.



tapi kalau kawan-kawan masih terasa lapar bolehlah kawan-kawan
 minum beberapa gelas air masak atau teh herba bercampur madu.

Tetapkan diminda kawan-kawan, tubuh  tidak memerlukan makanan yang berat pada waktu malam. Sentiasa
      beringat untuk mengekalkan berat badan yang seimbang dan kenapa ia begitu penting untuk diri kawan-kawan

BURGER MEMANG ENAK TAPI AMAT TAK ELOK UNTUK DINIKMATI PADA LEWAT MALAM


oleh itu, kawan perlu bijak untuk memilih dan merancang pengambilan makanan kawan-kawan kerana tubuh badan kita amat penting untuk diri kita, kerana kita memerlukan tubuh badan kita berpyuluh-puluh tahun lamanya. 


~~ SAYANGI DIRI ANDA, BERINGAT SEBELUM KENA~~~

HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA





No comments:

Post a Comment