KUNCI KERAJAAN

Monday, December 3, 2012

TELUR PINDANG

ASSALAMUALAIKUM.. 

SELAMAT PAGI ... semoga semuanya sihat ye!


ALHAMDULILLAH, majlis pertunangan kakak miss abby telah selamat berjalan pada sabtu yang lepas. TAHNIAH ye KAK TEH!! hihi..  lepas ni kita buat persiapan untuk majlis perkahwinan pula.. 
sama tak muka miss abby dan kakak miss abby ni? hihi


hmm becerita tentang majlis tu, antara "buah tangan" yang keluarga miss abby berikan pada tetamu yang hadir ialah  

TELUR PINDANG.. 

Telur pindang yang merupakan masakan tradisional yang 
terkenal terutamanya di negeri JOHOR. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.
Telur pindang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau 
lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan 
pedagang pada masa dahulu.
Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang 
memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang 
digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang 
menyediakannya.



Bahagian A 
15 biji telur ayam
Bahagian B (rempah)
2sudu besar ketumbar - tumbuk kasar
2sudu besar jintan manis & jintan putih
10 tangkai lada kering, asam jawa & asam keping sedikit
lengkuas, halia  dalam 2 inci dititik
serai titik jugak dalam 10 batang
bawang besar 3 ulas & bawang merah 5ulas dihiris kasar

Bahagian C (dedaun)
Guna daun yang wangi macam daun serai, daun jambu batu, daun buas-buas, daun senduduk, daun mengkudu, daun salam, daun sekentut, daun pandan, daun lengkuas & daun kunyit. Ha! kulit bawang tadi pun campur sekali... dan garam secukup rasa.
Bahagian D 
Air 
kicap



Cara memasak:
1. Jadikan dedaun sebagai alas dalam periuk.
2. Atur cantik-cantik telur dan taburkan segala bahan2 rempah jintan, ketumbar, bawang, lada  kering, asam keping, serai, garam dll.
3. Susun lagi sekali daun tadi & diselang-selikan dengan telur dan rempah sampai habis.  Dedaun ni selain beri rasa & pewangi dia jugak berfungsi bagi mengelakkan telur mudah pecah.  
4. Akhir sekali tuangkan air sampai menutupi daun-daun yang paling atas. Rebus dengan api perlahan  selama 2-3 hari (buka api waktu siang dan tutup apinya waktu malam) dan jangan tutup rapat penutup periuk tu bila merebus. 

ha... itulah die resipi telur pindang. nak tahu bagaimana keadaan dalam telur pindang tu?? 
jeng.. jeng. 

ia berbeza dengan telur rebus biasa.

warna kulit dan isinya agak gelap. 


kalau kawan-kawan ke majlis perkahwinan di JOHOR, jangan pelik pula bila dapat telur berwarna hitam ni ye. 

ia bukan salah ayam yang bertelur... :-p



berjumpa lagi di entry akan datang.. 



Nukilan Rasa,

SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby





No comments:

Post a Comment