KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

KHASIAT TELUR


    

cantikkan assalamualaikum kali nie, inilah seni khat KUFI. Cik nieza memang minat sangat dengan khat kufi nie, dan teringin untuk mendapatkan koleksi KUFI untuk dihias didinding rumah encik Ambok dengan Puan indok~~

Baiklah, pada hari nie, cik nieza nak berkongsi mengenai salah satu bahan makanan seharian kita iaitu 

TELUR AYAM




Untuk pengetahuan kawan-kawan terdapat pelbagai khasiat telur ayam yang kawan-kawan perlu tahu.  Terdapat beberapa khasiat telur yang mampu memberi kesan baik pada tubuh kita. Tetapi, jangan lah kawan-kawan mengambil telur dengan kadar yang terlalu banyak kerana telur juga mampu memberi kesan yang buruk kepada tubuh keranan mengandungi kadar kolestrol yang tinggi terutama pada bahagain kuningnya. 






  • Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak biji-biji padi yang memiliki pigmen kuning dan oren yang dimakan oleh ayam betina, makin pekatlah warna kuning telurnya.

  • Warna telur juga bervariasi sesuai usia dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindari memakan telur yang warna putihnya agak merah muda atau berubah warna lain.
  • Kadang-kadang terdapat sedikit darah di dalam telur. Darah ini berasal dari pembuluh darah di kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap selamat untuk dimakan.
  • Ketika dieram, suhu telur sekitar 40.5 darjah Celcius. Semakin dingin suhu, cairan di dalamnya akan mengendap dan terbentuk sel udara antara dua lapisan telur.
  • Seekor ayam betina mampu bertelur purata 250-270 biji telur setahun.

  • Sebahagian besar rakyat Amerika lebih menyukai telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia, telur ayam kebanyakan berwarna coklat.
  • Dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih amis dan kulitnya memiliki ruang liang halus yang lebih besar sehingga lebih mudah dijadikan telur masin


~~~SELAMAT MENIKMATI~~

HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA

No comments:

Post a Comment