KUNCI KERAJAAN

Thursday, December 13, 2012

Khasiat bawang putih..

Assalamualaikum.....


Entry pada kali ini, cik ana nak kongsi mengenai khasiat bawang putih…apabila bercakap mengenai bawang putih, terus kita akan terfikirkan kelebihannya di dalam masakan kita…ini kerana bawang putih membangkit rasa dan bau di dalam makanan kita.




Bawang putih atau nama saintifiknya “Allium Satiyum”. Bawang putih mempunyai pelbagai khasiat. Kajian telah mengatakan bahawa bawang putih mempunyai dua fungsi penting. Fungsi pertama ialah sebagai makanan dan fungsi kedua ialah sebagai penawar. 

Khasiat bawang putih ini bukan sahaja terletak pada bebawangnya sahaja, malah kulit bawang itu turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Untuk pengetahuan kawan-kawan, bawang putih didapati mengandungi pelbagai jenis vitamin merangkumi, A, B dan C. Justeru itu, antara kebaikan bawah putih terhadap kesihatan ialah membantu mengurangkan kadar kolesterol, meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes dan menolong mencegah penggumpalan darah serta melindungi tubuh daripada bermacam penyakit seperti penyakit jantung dan penyakit kanser.

Berdasarkan info yang cik ana perolehi, bawang putih juga mampu menghalang penyakit asma, melawaskan buang air kecil serta mengingkirkan batu karang. Bawang putih juga boleh dijadikan sebagai ubat batuk. Selain itu, bawang putih juga mampu meningkatkan stamina tubuh dan daya tahan tubuh.

BAU bawang putih mungkin kurang disenangi kebanyakan orang tetapi, dengan bau yang tersendiri itulah bawang putih banyak digunakan dalam masakan bagi menambahkan aroma dan rasa sedap masakan. Ada yang mengatakan jangan makan banyak sangat bawang putih , nanti badan berbau. Tapikan kawan-kawan, orang Cina makan bawang putih banyak tak berbau pun..hihihi so fahaman itu salah yea..

Dari segi bidang masakan, masyarakat Cina dikatakan amat gemar memakan bawang putih. Hampir semua masakan mereka dicampurkan dengan bawang putih..mereka bukan hanya menggunakan bawang putih dalam masakan sahaja, malah dijadikan sebagai perubatan. Berdasarkan kepercayaan orang Cina, mereka mengatakan bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan dan mengurangkan panas badan. Selain itu, mengikut kepercayaan orang Cina, bawang putih juga mampu menambahkan kelazatan sesuatu makanan. Manakala mengikut kepercayaan orang Melayu pula, bawang putih juga digunakan dalam masakan seperti dalam resipi rendang, asam pedas dan pelbagai masakan lain. 

Walau bagaimanapun, bawang putih juga dikatakan mempunyai kesan sampingan jika diambil secara berlebihan. 


wah..wah..wah...banyakkan khasiat yang ada pada bawang putih....Oleh itu, eloklah kita mengamalkan makan bawang putih sebagai ulam atau digunakan untuk memasak sayur…mmmm nak lagi sedap bakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain. Cik ana pun suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan terutama dalam masakan sayur-sayuran.





bye kawan-kawan...
selamat mengupas bawang...


~hasil coretan~
SITI FARHANA SHAMSUDDIN








No comments:

Post a Comment