KUNCI KERAJAAN

Friday, December 21, 2012

HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP....


assalamualaikum.....salam dari mek kelantan...hihiihi..

kawan-kawan,seperti yang kita ketahui...ramai dalam kalangan kita yang sibuk dengan urusan masing-masing tanpa memikirkan mengenai cara pemakanan kita seharian...Jadual yang ketat, gaya hidup sibuk....begitulah keadaan hidup kita sehingga tiada masa untuk memasak hidangan yang memerlukan banyak persediaan. Justeru, “Hidangan Sepinggan Lengkap” menjadi penyelesaian kepada masalah kita…..

Apa itu hidangan sepinggan lengkap???

Hidangan sepinggan lengkap….

Hidangan sepinggan lengkap merupakan satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan. Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita ialah karbohidrat, lemak, protein,vitamin dan garam mineral yang harus di ambil pada kuantiti tertentu.

Kawan-kawan antara faktor-faktor yang perlu di ambil kira semasa menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah hidangan tersebut perlulah mempunyai semua nutrien yang diperlukan olehbadan bagi mengekalkan kesihatan, membekalkan tenaga yang mencukupi dan menggalakkan tumbesaran. Selain itu, hidangan sepinggan lengkap mudah perlulah mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Hidangan sepinggan lengkap ini boleh disediakan dengan pelbagai cara iaitu berkuah atau bersup, goreng atau makanan segera.

jom kawan-kawan kita lihat contoh-contoh hidangan sepinggan lengkap.......








Kelebihan hidangan sepinggan lengkap ini ialah mempunyai khasiat yang mencukupi, mudah disediakan dan dimasak serta menjimatkan masa dan tenaga. 

 kawan-kawan, apalagi...jom masak hidangan sepinggan lengkap...Jaga la kesihatan kita sebelum kita sakit, rugi kalau kita tidak nikmati keindahan dan kebaikkan yang Allah berikan, jangan la kita sia-siakan....bye kawan-kawan...

"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN


No comments:

Post a Comment