KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

CENCALOK MELAKA

ASSALAMUALAIKUM

hye kawan-kawan semua... harapnya semua sihat ye. sekolah pun dah nak bermula ni. buat ibu bapa, dah beli ke belum kelengkapan untuk anak-anak?? jangan tunggu saat-saat akhir ye. 

buka peti ais kat rumah ni, miss abby ternampak sesuatu!! cuba teka apa dia... hihi.. miss abby nampak CENCALUK... dah lama rasanya miss abby tak makan cencaluk ni. kalau makan je, lepas tu bersiap sedialah dengan perisai segala. sebab mesti miss abby gatal-gatal hidung punyalah. 



Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. 
Oleh sebab ia dibuat daripada  udang geragau, cencaluk 
mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya 
yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi 
makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita 
menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita 
akan teringatkan cencaluk.

Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat 
Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan 
masyarakat. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa 
menikmati hidangan nasi dan ada juga yang  menjadikan petai atau 
jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.


biasanya cencalok ni, kita beli dah siap dalam botol je. banyak 
dijual di pasaran. kalau nak makan tu, kita tambahkan:

bawang besar 
cili api
limau kasturi




perghhh.. kalau makan dengan nasi, makin selera 
lah! hihi... 

kalau ke melaka, jangan lupa dapatkan cencalok asli melaka ye!

jumpa lagi di entry akan datang.


Salam Timur,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby




No comments:

Post a Comment