KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 22, 2012

MARI MENGENALI "ALATAN DAPUR"

ASSALAMUALAIKUM

salam sejahtera dan salam 1 malaysia.. 
eh eh... dah semakin tiba ke penghujung disember la. ya ALLAH, cepat benar masa ni berlalu. rasanya macam baru je masuk tahun 2012. ni dah nak masuk tahun 2013. benarlah kata pepatah lama, 

MASA ITU EMAS...

hmm entry kali ni miss abby nak kongsi tentang 

ALATAN DAPUR

alatan dapur adalah penting dalam penyediaan hidangan. penggunaan alatan dapur yang sesuai akan memudahkan proses penyediaan hidangan.

alatn dapur ini terbahagi kepada 3 iaitu:

1. alatan menyedia

  • kumpulan alatan ini digunakan untuk menyediakan bahan ramuan hidangan
  • contoh: pisau, lesung batu,landas, penapis santan.




2. alatan memasak


  • kumpulan alatan ini digunakan untuk memasak bahan makanan. misalnya menggril kepak ayam, menggoreng ikan, merebus telur, mengukus ubi kayu dan sebagainya. 
  • contohnya: pengukus, periuk, sudip, kuali, cerek, senduk




3. alatan menyaji

  • kumpulan alatan ini digunakan untuk menghidang dan menghias makanan yang telah dimasak.
  • contoh: teko, pinggan makan, sudu, garpu, jag air, piring layan


ha... itulah dia 3 alatan dapur yang perlu kita ketahui dan bezakan ye. ilmu ini jika kita kongsi, insyaAllah ia lebih bermakna. dan dapat pahala lagi.. mudah-mudahan... 


jumpa lagi dalam entry seterusnya...


Salam Kasih,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

No comments:

Post a Comment