KUNCI KERAJAAN

Friday, December 21, 2012

JOMM....KENALI REMPAH RATUS




                            Kulit Kayu Manis

Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu atau serbuk. Bentuk kayu boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama tetapi bentuk serbuk mempunyai rasa yang lebih kuat.


Bunga Cengkih

Bunga cengkih mengeluarkan aroma. Ia digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak.


Bunga Lawang
Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam 5 rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian bagi menambah rasa ke dalam masakan


Buah Pelaga


Buah pelaga dikenali sebagai ‘ratu’ segala rempah. Pelaga digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan pelbagai masakan lain. Kulit pelaga tidak digunakan kerana akan meninggalkan rasa yang pahit di dalam masakan.


Ketumbar


Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.



Jintan Manis


Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.



Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.


Halba

Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.




"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

No comments:

Post a Comment