KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 16, 2012

PES KARI HIJAU

 ~~~ ASSALAMUALAIKUM SEMUA~~~



Masa di kelas amali yang lepas, cik nieza berpeluang untuk mempelajari pembuatan pes kari hijau yang digunakan dalam salah satu juadah yang ditugaskan oleh pensyarah cik nieza iaitu Green Curry Chicken. Dalam penghasilan masakan ini bahan utamanya tentulah pes kari hijau. Kalau tak ada pes kari hijau masakan ini memang tak menjadi. 

Dengan penuh kasih sayang, cik nieza nak berkongsi dalam pembuatan pes kari hijau dengan kawan-kawan semua


     BAHAN-BAHAN


 15 g Serai  
                                        
10 g Cili Padi
15 g Bawang merah
10 g Bawang putih
10 g Lengkuas
5 g Daun Ketumbar
5 g Daun selasih
5 g Serbuk Lada sulah
10 g Serbuk ketumbar
15 g Sos ikan
10 g Belacan
15 g Jus limau
25 g Gula perang / melaka
150ml Santan
10 g Halia
                                                   
Cara penyediaan 


1. Satukan semua bahan di dalam mesin pengisar
2. Kisar semua bahan hingga halus
                         3. Sedia digunakan dalam masakan                                              
                                     


INILAH HASIL DARIPADA RESEPI DI ATAS


untuk pengetahuan kawan-kawan, semasa cik nieza menumis pes kari hijau nie, baunya seakan dengan rempah kurma, mula-mula confius juga, sampai pensyarah cik nieza pun tegur " masak ayam kurma ker" heheh

apa-apa pun resepi dah ada, kawan-kawan jangan lupa cuba



PELBAGAI VARIASI REMPAH DAN HERBA
PES KARI HIJAU PILIHAN SEMUA
RESEPI REMPAH DAH TERSEDIA
CONTOH MASAKAN NEXT ENTRI YA


Hasil Idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA


No comments:

Post a Comment