KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 23, 2012

KETAM BERLADA

~~~~ASSALAMUALAIKUM~~~

Hai kawan-kawan ditempat di kampung cik nieza amat popular makanan laut, seperti sotong, ikan, udang dan ketam. Lagi-lagi kalau kawan-kawan singgah di KUKUP PONTIAN JOHOR memang pelbagai jenis restoren yang kawan-kawan boleh pilih untuk menikmati makanan laut. Bagi keluarga cik nieza, pilihan utama kami ialah udang dan ketam. 

Bagi encik ambok dia amat sukakan ketam masak berlada. Lagi-lagi kalau ketam tu mempunyai isi ketam yang sangat banyak, makin ligat lah encik ambok mengetuk ketam dengan penukul.Bila encik ambok ketuk sampai jiran sebelah lah boleh dengar. hehhe

Disebabkan keenakkan ketam berlada ni, mampu membuat encik ambok terliuh dan bermimpi. Dengan penuh kasih sayang cik nieza berkongsi resepi ketam berlada dengan kawan-kawan semua


 BAHAN
3 ekor kecil ketam
1 buku asam jawa
garam
1 cb Minyak
3 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 cm batang serai
1 ulas bawang merah
    
 hiasan
2 helai Daun Bawang
1 biji Cili merah


 CARA PENYEDIAAN 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi
2. Masukkan serai dan asam jawa . Renihkan hingga pekat
3. Masukkan ketam dan gaul rata. Suaikan rasanya dan angkat
4. Hias dan hidangkan bersama nasi

~~~SELAMAT MENCUBA~~



HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA
  
 
 




 

No comments:

Post a Comment