KUNCI KERAJAAN

Wednesday, December 5, 2012

asam jawa



 ~~~~Selamat Petang Kawan-Kawan Semua~~

HUk Huk Huk HUK HUK!!!!!!!! yeee cik nieza demam lagi, batuk-batuk semua ada..
 cik nieza dah penat  makan ubat....x suka x suka .....tapi nak buat macam mana badan cik nieza masih lagi dalam keadaan yang tak bertenaga. 


banyak kan ubat cik nieza macam-macam rasa ada...x suka x suka

Bila dah sakit, berjauhan pula dengan keluarga mulalah hati nie rindu dengan belaian indok cik nieza, kalau dekat rumah cik nieza sakit encik ambok dengan puan indok akan gelisa. Pelbagai cara mereka akan lakukan untuk pulihkan kembali kesihatan cik nieza. Almaklumlah cik nieza nie, mudah sangat diserang penyakit....saya tak minum susu ibu.... sampai indok dan ambok tak tahu nak cari ubat apa supaya cik nieza nie sihat dan bertenaga selalu...macam tiger ngaummm~~ heheh

Bila bercerita mengenai kasih sayang indok dengan ambok, memamg banyak..salah satu yang cik nieza tak boleh lupa masa cik nieza berada di darjah lima, masa tu tengah malam sangat-sangat, puan indok sanggup mengetuk pintu dapur jiran untuk dapatkan asam jawa untuk dibuat ubat untuk cik nieza manakala encik ambok pun tak kurang hebatnya, esoknya, encik ambok sibuk mencari buah kelapa untuk dijadikan minuman untuk cik nieza..wahhh touchinggg nyerrr tapi masa tu  best taw demam nie, boleh ponteng sekolah...hehehe jangan tiru perangai cik nieza ni ye


~~inilah dia asam jawa sedap kalau makan begitu saja~~

Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau 

yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan 

harian di Malaysia.
     
Pengelasan saintifik
Alam:Plantae
(unranked):Angiosperma
(unranked):Eudicots
(unranked):Rosids
Order:Fabales
Keluarga:Fabaceae
Subkeluarga:Caesalpinioideae
Tribus:Detarieae
Genus:Tamarindus
Spesies:T. indica
Nama binomial
Tamarindus indica


Mula-mula bila cik nieza tengok indok bancuh asam jawa tu dengan air, cik nieza pelik juga, boleh function ker guna asam jawa tu, sedangkan punyalah penat saintis cipta ubatan asam jawa juga yang indok nak guna. muskil sekejap..Tapi selepas guna asam jawa, ternyata memang berhasil,,,cik nieza dapat memulakan hari persekolahan cik nieza macam biasa. indok lah doctor terbaik untuk cik nieza

Oh ye, kawan-kawan mesti tertanya-tanya, macam nak guna asam jawa nie kan ini cara-caranya ialah :

     1.   mula-mula indok ambik segemgam asam jawa dan dibancuh 
           dengan air paip, pastikan bancuhan rata
     2.   indok akan tapis bancuhan tadi, buang segala sisa asam jawa 
           dari bancuhan macam biji asam
     3.   Indok akan letak sedikit ais untuk menyejukkan bancuhan    
           tadi
     4.  lepas siap bancuhan, indok akan lumur kat kepala cik nieza   
          serata yang mungkin, kalau nak lagi best satu badan pun tak   
          menjadi masalah
     5.  cuba amalkan banyak kali insyaAllah semuanya akan pulih


Sebenarnya asam jawa ni banyak khasiatnya yang kita tak tahu, sebab itu orang dulu-dulu tak payah makan ubat moden pun boleh sihat, umur pulak makin panjang, kerana mereka sudah mengetahui terdapat kebaikan yang lebih banyak dalam penggunaan kaedah tradisional dalam perubatan, dan indok cik nieza amat menyukai kaedah tradisional dalam semua aspek dari segi kaedah memasak hinggalah perubatan.

Antara khasiat asam jawa yang cik nieza tahu ialah:

1. Sebagai ubat demam panas :
    Segemgam asam jawa dan diramas atas kepala dan diiringi 
    dengan selawat
2. Batuk dan perit tekak
    campurkan bersama gula dan air dan dijadikan sebagai minuman
3. Sakit Asma
    rebus dua potong kulit asam jawa bersama dengan 1 liter air     
    sehingga mendidih dan ditapis. minum air rebusan ini sebanyak 
    2kali sehari
4. Sakit Perut
    segemgam asam jawa dan dibancuh dengan air. Bancuhan tadi    
    disapu diperut dan amat sesuai untuk orang dewasa mahupun   
    kanak-kanak
5. Luka dan bisul
    daun asam jawa ditumbuk lumat dan disapu pada bahagian yang 
    luka atau bisul tadi 


p/s : selalunya indok akan balut bantal yang akan cik nieza guna semasa demam dengan plastik.almaklumlah kalau tak balut, bantal mesti akan basah teruk semasa proses melumur air asam tu. 


*petua demam tradisonal dah ada
kawan-kawan jangan lupa cuba*


                                                                 hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR 
aka Cik Nieza
                                                                                                                                           










1 comment: