KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 15, 2012

BUNGA ROSELLE....


ASSALAMUALAIKUM…

Wacaaaaaaa……..huh..penat-penat..semput Cik Ana nih…baru sikit je senaman dah semput..apa laaa Cik Ana nih…lembik kan.. what u cakap I lembik..sampai hatikan….hahaha..padam muka Cik Ana…lain kali..senaman la..sekurang-kurangnya 1 kali seminggu pun jadi laaa. Betul tak kawan-kawan..??

Mmm pada pagi yang mulia yang penuh keberkatan ini…Cik Ana nak berkongsi tentang khasiat bunga……jeng-jeng iaitu…BUNGA ROSELLE..

Kawan-kawan pernah dengar atau pernah lihat tak bunga roselle ni…hmmm..kalau tak pernah jom kita sama menyelongkar rahsia disebalik bunga roselle ini..Cik Ana tertarik untuk berkongsi khasiat bunga roselle ni..



Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa L. bunga ini dikatakan berasal daripada Sudan Afrika. Bunga ni bukan sebarang bunga taw kawan-kawan. Bunga roselle ini juga dikenali sebagai tumbuhan ajaib hal ini kerana mempunyai kepelbagaian kegunaannya iaitu daripada daun, buah hinggalah kepada batangnya. Untuk pengetahuan kawan2, bahagian kelopok bunga ini boleh dijadikan hiasan dan bunganya boleh dijadikan produk makanan. Manakala hampasnya boleh dijadikan sabun, bahan solek. Waaa…pendek kata tiada benda terbuang daripada bunga roselle ini.


Menurut satu artikel yang pernah Cik Ana baca, ia mengatakan jus  roselle ini mengandungi vitamin C sebanyak 9 kali ganda jika dibandingkan buah oren, 3 kali ganda berbanding buah anggur dan 2.5 kali ganda berbanding blackcurrant..

Kawan-kawan ini lah antara penghasilan daripada bunga roselle :

v   Minuman roselle
v   Halwa roselle
v   Serbuk roselle
v   Jem dan jeli roselle

KHASIAT ROSELLE
Roselle dikatakan mampu menurunkan kandungan kolestrol dan lemak dalam darah. Malahan roselle dapat menyejukkan badan dan meningkatkan pengeluaran peluh. Roselle turut membantu proses metabolisme dalam badan manusia dan proses pengoksidaan secara berterusan. Ia dapat merangsang dan melancarkan air kencing serta juga menurunkan tekanan darah. Roselle juga mengandungi banyak asid organik yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga. Daun roselle boleh dijadikan ulam-ulaman yang berkhasiat. Ada sesetengah pendapat mengatakan daunnya boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tom yam dan sup. Sementara batangnya dikatakan boleh menghasilkan berus dan tali. Di dalam roselle juga ada terkandung aloe vera dan spirulina, di mana walaupun kita berdiet kulit kita tetap cantik dan ia tidak mengeringkan kulit.

Waaaaa..banyakkan khasiat yang ada pada bunga roselle ini... Cik Ana nak tanam la pokok buah roselle ni..huhu..inshaa Allah..semoga berjaya..nanti bolehlah kita sama-sama menikmati hasilnya....

p/s : bersemangat mahu bercucuk tanam...chaiyokkkk Cik Ana..hik3..

" hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN



No comments:

Post a Comment