KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 22, 2012

KHASIAT TERSEMBUNYI.....


Haluuu…..kawan2..jumpa lagi…..

Yabedabeduuu..jom kawan2 kita berkongsi khasiat mengenai  sayur tauge…suka makan sayur tauge tak?? Menu tauge ini sering dipandang  sebelah mata oleh kebanyakkan kita. Tauge dianggap sebagai hidangan yang tidak menyelerakan.Hmmm tapiiii..tahukah kawan-kawan sayur tauge ini sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.



Tauge adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam. Berikut disenaraikan beberapa khasiat taugeh kepada kita semua:
Jom kawan-kawan kita selongkar khasiat yang tersembunyai di sebalik sayur tauge……


1.   Cegah Kanser

Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2.   Baik Untuk Wanita

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3.   Lebih Subur

Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4.   Kurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam tauge akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%. 

5.   Buang Kotoran

Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6.   Lebih Muda

Tauge juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya tauge merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda. 


Huhuhu..kenapa mulut terlopong je ni nih..aisyy..tutup mulut tu..ni mesti kawan2 terkejut selepas mengetahui betapa berkhasiatnya sayur tauge ini kepada kita….so apalagi kawan-kawan…jangan ragu-ragu untuk mengambilnya….harganya pun berpatutan….murah jeeee…yang penting berkhasiat….



"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

No comments:

Post a Comment