KUNCI KERAJAAN

Wednesday, December 19, 2012

BUTTER PRAWN

ASSALAMUALAIKUM..

selamat petang kawan-kawan miss abby semua.. harap-harapnya semua sihat ye. 

petang-petang macam ni, kalau dapat PISANG GORENG dan SAMBAL KICAP, alangkah bahagianya!! tapi malangnya, di perak ni kalau beli pisang goreng, tak de sambal kicap. hanya di negeri johor je yang sediakan sambal kicap, hihi...




hmm ni yang buat miss abby rindu nak balik johor ni. tapi tak pe, perjuangan di upsi ni pun dah nak sampai penamatnya. semoga semuanya berjalan dengan baik, doakan miss abby dan rakan-rakan ye!



esok merupakan kelas amali terakhir bagi penyediaan masakan timur. pasti lepas ni miss abby akan rindu nak masuk kitchen bersama rakan-rakan.  4tahun berjuang di sini, pastinya banyak kenangan yang telah kami cipta bersama. adat pertemuan, pasti ada perpisahan.. 

bercerita tentang amali esok, unit miss abby akan bergabung dengan unit 4 untuk menyediakan buffet CINA.. selain itu, ada juga buffet aidilfitri, harijadi dan perkahwinan. miss abby dan rakan-rakan diarahkan untuk menyediakan 

1) nasi goreng cina
2) butter prawn 
3) pakchoy with oyster sauce
4) honeydew sago
5) crab meat sup

ha.... masakan cina tu. ingat senang ke? tak cuba, tak tahu taw! hari ni miss abby nak kongsi resipi 



Nama Resipi :
Prawn Butter

Porsi :
2 orang

Kuantiti                     Bahan                                                       
500g                           Udang                                                                       
5 biji                           Telur (kuning sahaja)                         
15 g                            Cili padi (dipotong kecil)                             
10 g                            Bawang putih (dicincang)                            
10 g                            Daun kari                                                     
200 g                          Susu cair                                                          
10 g                            Garam            
5 g                              Lada sulah
200 g                          Mentega
200 ml                        Minyak

Cara penyediaan
1.Udang dibersihkan dan diguntingkan muncungnya. Diperap dengan garam dan lada sulah.
2. Asingkan kuning telur dalam mangkuk. Pukul perlahan.
3. Bubuh kira-kira 1 cawan minyak masak dan 1 sudu mentega ke dalam kuali dan panaskan.
4. Apabila panas, ambil senduk dan dikacau minyak tersebut ikut pusingan jam tanpa henti.
5. Kemudian dengan hati-hati, kuning telur dituang menggunakan tangan kiri ke dalam minyak panas tadi dan terus dikacau dalam arah pusingan jam tanpa  henti. Gunakan api sederhana. Apabila floss jadi kekuningan, tapis ke atas tisu dapur. Tepikan.
6. Panaskan balik minyak tadi. Tambah kira-kira dua sudu lagi mentega ke dalam minyak tadi dan goreng udang pula. Udang hanya perlu digoreng separuh masak. Tos dan ketepikan.
7. Keluarkan atau ambil kira-kira 2 sudu minyak gorengan udang tadi dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan ½ tin susu cair. Biarkan ia mendidih sedikit, kemudian masukkan udang. Gaul rata.
8. Masak kira-kira 3 minit atau sekata, padamkan api.
9.Hidang dalam pinggan dan taburkan floss telur. Sedia dihidang.




ha... nak tahu macamana pula hasil kami? kena tunggu esok. harap-harap menjadila PRAWN BUTTER kami.. insyaAllah..

SELAMAT MENCUBA YA!!

Salam Qaseh,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby





No comments:

Post a Comment