KUNCI KERAJAAN

Monday, December 10, 2012

SET MENU INDIA


Assalamualaikum…salam 1 Malaysia….
Hehe..semangat 1 Malaysiakan…mesti laa…negara Malaysia kan negara yang unik…betul tak?? negara kita ni mempunyai pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.. setiap kaum ini mempunyai keistimewaanya tersendiri..terutamanya dari segi masakan…

 Pada minggu lepas cik ana ditugaskan untuk menghasilkan
“set menu India”... Waaaa seronok sangat....banyak ilmu masakan yang cik ana perolehi….

Ok sebelum cik ana kongsi pengalaman cik ana menyediakan hidangan set menu India ini, jom cik ana bercerita sedikit mengenai masakan India…

Masakan India terkenal kerana ianya kaya dengan penggunaan rempah ratus seperti cili, cengkih, kayu manis, jintan putih dan sebagainya di dalam masakannya…Masakan India merupakan satu warisan unggul yang perlu dipelajari bukan sahaja untuk kaum India sahaja bahkan, masakan ini perlulah dipelajari oleh kaum lain seperti kaum Melayu dan kaum Cina.

sekarang cik ana nak kongsi pengalaman cik ana dan kawan-kawan semasa menyediakan hidangan masakan India ini..hidangan pertama yang kami hasilkan ialah…

 Pakoras With Cucumber Raita

Hihihi..korang pernah lihat tak menu ini…hihi mesti korang semua berkerut dahi..apa la cik ana ni masak…untuk pengetahuan korang semua..ini lah dia Pakoras With Cucumber Raita. Sedappp…hah…tak percaya..PERCAYA LAH..KASIH MULA…upss,,ter over la pula…pakoras ni lagi bertambah sedap jika di cicah bersama cucumber raita..hihihi..nanti kita buat sama-sama yea..
Jangan risau..cara penyediaannya senang je..
penghasilan cucumber raita tidaklah rumit…campurkan kesemua bahan.kemudian sejukkan raita dalam peti sejuk. Hiihihi dalam banyak-banyak bahan untuk cucumber raita ini…satu je bahan yang cik ana tak pernah dengar...bahannya adalah “TAIRU’ atau susu masam…kami hasilkan sendiri tairu ini…senang aje dong…Cuma campurkan susu cair dan limau nipis..



menu seterusnya ialah :
Nasi Beriani, Ayam Masak Beriani Dan Kuah Dalca….



Alhamdulillah…ketiga-tiga menu ni telah berjaya kami hasilkan mengikut resipi yang telah diberikan..

Pada mulanya, kuah dalca yang kami hasilkan terasa santan, hal ini kerana kami tidak mencampurkan air ke dalam santan pekat. Air ditambahkan bagi mengimbangi rasa kuah dalca tersebut.

Apabila proses memasak dan menyaji selesai, kumpulan cik ana akan menilai hidangan unit lain serta hidangan kami juga akan dinilai. Segala penilaian dan komen yang telah diberikan kepada unit cik ana, akan cuba diperbaiki di masa hadapan.
Seronok kan bila kita terokai ilmu masakan ini. Semakin kita terokai maka makin bertambahlah ilmu masakan kita..so apa lagi 
kawan-kawan..jom kita sama-sama menerokai dunia masakan.. 

JOM LIHAT RESEPI.....


~sekadar perkongsian pengalaman~
SITI FARHANA SHAMSUDDIN




No comments:

Post a Comment