KUNCI KERAJAAN

Tuesday, December 11, 2012

TEROKAI MASAKAN THAILAND..


ASSALAMUALAIKUM...
kawan-kawan, entry pada kali ini cik ana nak kongsi sedikit mengenai masakan Thailand..
Zasssss.layan...exam dah dekat..
fokus-fokus...hihihi..

Masakan Thailand digemari di merata dunia kerana mempunyai rasa yang unik iaitu gabungan rasa manis, masam dan masin yang dilazatkan lagi dengan kepedasan daripada pelbagai jenis cili. Gabungan perasa ini sememangnya ciri makanan tradisional Thailand yang kekal sehingga hari ini.

Bahan lain dalam masakan Thailand ialah rempah dan herba yang bukan sahaja terkenal dengan aromanya tetapi juga mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan. Sebagai contoh, tomyam, suatu masakan istimewa tempatan, mengandungi lengkuas, serai dan daun limau purut yang dapat mengurangkan angin dalam perut dan mengatasi rasa pening dan masalah penghadaman. Menu bagi masakan Thailand akan dihidangkan pada satu masa yang sama. Misalnya sajian yang terdiri daripada nasi goreng nanas, kari ayam hijau, som tam dan cendol nangka akan dihidang secara serentak.

Penggunaan bumbu serta rempah ratus yang segar termasuk cabai rawit, cili merah, gula jawa, santan, bawang putih, bawang besar, daun ketumbar, serai dan asam jawa.

Penggunaan bahan segar dan semula jadi ini menjadikan masakan Thailand sangat istimewa serta berbeza daripada masakan lain. Keistimewaan masakan Thailand adalah pada penggunaan bahan segar seperti serai, cili, dan daun ketumbar asli. Bahan segar ini akan dimasukkan terus ke dalam masakan bagi memastikan keaslian serta kesegaran rasanya.

Masakan Thailand sangat terkenal dengan penggunaan herba kering seperti daun ketumbar, lengkuas, pes cili Thai dan daun pudina. Kebiasaanya pes cili Thailand diletakkan di atas meja untuk dijadikan sebagai penambah rasa dan menyedapkan hidangan. Penghasilan pes cili Thailand tidaklah sesukar seperti yang disangka dan amat mudah didapati di pasaran. 

Pes buatan sendiri pastinya lebih enak berbanding dengan pes segera. Pes cili buatan sendiri pasti lebih segar dan aromanya lebih kuat. Selain itu, kita boleh memeram pes tersebut sesuai dengan kehendak sesuatu masakan. Masakan Thailand juga terkenal dengan pelbagai jenis masakan berasaskan ikan. Ikan akan dicampurkan limau nipis yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam badan serta memberikan protein yang tinggi.

Masakan Thailand ini kaya dengan rempah-ratus. Antara rempah-ratus yang biasa digunakan ialah pes kari merah, pes kari hijau, pes kari kuning dan pes kari mussaman..kebiasaanya pes kari merah dan pes kari hijau digunakan untuk ayam dan daging. Manakala bagi pes kari kuning digunakan untuk ayam, ikan dan daging. Pes kari mussaman biasanya digunakan untuk memasak daging.

WAH..WAH...WAH...unik kan masakan thailand ni...apa-apa pun cik ana memang suka masakan Thailand ni...terutamanya tomyam..perrrggghhh...berair mulut....

p/s : baca taw..jangan tak baca..exam dah dekat..peringatan untuk diri cik ana jua...



~sekadar coretan~
SITI FARHANA SHAMSUDDIN









No comments:

Post a Comment