KUNCI KERAJAAN

Sunday, December 16, 2012

SI KERINTING YANG PENUH KHASIAT....


Assalamualaikum…

Hah…si kerinting yang penuh khasiat…apa tu??? Rambut kerinting ke??..hahahaa..bukan la kawan-kawan..si kerinting yang penuh khasiat tu ialah SAYUR BROKOLI…tentunya kawan-kawan semua mengenali jenis sayuran ini. Bentuknya yang berkerut-kerut membuatkan sayur itu begitu mudah diingat..ya apalagi itu lah sayur brokoli yang sangat sedap untuk dimakan dan dipercayai memiliki khasiat yang besar bagi kesihatan tubuh.




Brokoli atau nama saintifiknya dikenali dengan nama Brassica oleracea italica. Brokoli ini berasal dari keluarga kobis Brassica. Brokoli ini mengandungi energy, karbohidrat, vitamin dan mineral yang berguna bagi tubuh.

Hmmmm..Cik Ana ada satu benda nak tunjukkan kepada kawan-kawan iaitu mengenai kandungan gizi yang terkandung dalam 156 gram brokoli..kawan-kawan bayangkan begitu berkhasiatnya sayur brokoli kepada kita.

 1 mangkuk brokoli yang dikukus:
Kalori                  43.68 kal
Protein                4.66 g
Karbohidrat         8.19 g
Lemak                 0.55 g
Kalsium              74.72
Vitamin A           228.07 RE
Vitamin C           123.49 mg
Vitamin E           0.75 mg
Besi                    1.37 mg      


Brokoli merupakan sayuran yang mempunyai kalori yang rendah, rendah lemak, tinggi kalium dan rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol yang tinggi. Selain itu, brokoli juga mengandungi folat. Seperti yang kawan-kawan ketahui, folat merupakan salah satu vitamin yang sangat baik dan berkhasiat untuk ibu yang hamil. Kandungan Vitamin C di dalam brokoli sangat tinggi. Vitamin C yang tinggi akan mempermudahkan tubuh dalam menyerap zat besi. Manakala bagi Vitamin K yang terdapat di dalam brokoli juga penting untuk menguatkan tulang.

 Brokoli juga bermanfaat kepada individu yang mengalami masalah sembelit. Hal ini kerana brokoli mengandungi nutrisi dan serat. Seperti yang kita tahu bahawa serat diperlukan oleh tubuh badan kita untuk melancarkan proses pencernaan. Selain itu brokoli juga mampu mencegah kerosakan sel pembuluh darah pada penyakit diabetes. Malahan brokoli juga merupakan sayuran yang sangat bagus untuk melawan dan mencegah kanker. Brokoli ini mengandungi agen anti kanker mmmpu melawan kanker, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Untuk pengetuan kawan-kawan, brokoli dapat juga dimanfaatkan sebagai pengganti nasi bagi penderita penyakit kencing manis. Hal ini kerana brokoli merupakan sumber karbohidrat dengan jumlah kaloro yang lebih rendah daripada nasi. Selain itu, sayur brokoli juga dapat melindungi mata dan penglihatan kita.

Kawan-kawan, bagi mendapatkan sayur brokoli yang bagus..Cik Ana nasihatkan supaya memilih brokoli dengan berhati-hati. Sayur brokoli yang bagus ialah warna hijau gelap dan teksturnya kasar.

Terdapat banyak cara untuk memakan brokoli, supaya kita tetap mendapat manfaat bagi kesihatan kita. Bagi mereka yang gemar sayuran yang segar, brokoli boleh dimakan begitu saja. Kebiasaanya cik ana akan mencampurkan dengan sayur-sayuran lain dan dijadikan salad..

Hihi..untuk mencuci brokoli juga ada caranya yea kawan-kawan…sayur brokoli biasanya dicuci  dengan menggunakan air paip sejuk..sebaik-baiknya jangan rendam brokoli dengan air, hal ini kerana zat yang aktif mahupun nutrisinya dapat larut di dalam air..

Cara penyimpanan sayur brokoli juga amat penting…kerana sayur brokoli ni tidak tahan lama..sayangkan kalau sayur yang super dan multikhasiat ini rosak sebelum dimakan..cara penyimpanan yang baik adalah simpan di dalam plastic dan masukkan ke dalam peti ais. Jangan basuh brokoli jika hendak di simpan. Sebaik-baiknya sayur ini perlu makan segera untuk mendapatkan khasiatya…

Waaahhhh..dengan melihat begitu kayanya  kandungan gizi dan khasiat sayur brokoli ini, sudah semestinya Cik Ana akan memasukkan brokoli ini ke dalam menu harian Cik Ana..hihihi.

p/s : Selalulah memasukkan sayur brokoli dalam hidangan kita agar khasiat tersebut dapat kita nikmati bersama…


"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete