KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 1, 2012

AKTIVITI HUJUNG MINGGU


ASSALAMUALAIKUM..


Alhamdulillah, bertemu lagi di entry baru ni. Harap-harap pembaca semua sihat la ye. 

Hmm bercerita tentang kesihatan ni, memang ramai yang tidak gemar untuk bersukan dan beriadah. Pendek kata, aktiviti untuk mengeluarkan peluh ni memang payahlah nak kita lakukan, termasuklah saya. Baru-baru ni, miss abby  mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Dapat juga mengeluarkan peluh dan seterusnya menyihatkan badan.



Bukit Broga mempunyai trek 1.8km. Kami mula mendaki dalam 7.30 pagi. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak lebih kurang 1 jam perjalanan. 


di puncak...ALHAMDULILLAH!!


Aktiviti mendaki ni amat menarik dan seronok sebenarnya. Namun ia sedikit berbahaya. Para pendaki haruslah berhati-hati semasa mendaki. Dan perkara yang perlu diingat, kita kenalah ambil SARAPAN terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian kerana pendakian ini memerlukan stamina yang kuat. Air 100 plus, air mineral dan coklat juga bolehlah dibawa sebagai makanan bekal.


SARAPAN WAJIB DIAMBIL OLEH SETIAP INDIVIDU . 

kenapa???

bagi memastikan badan sentiasa cergas 

dan minda cerdas sepanjang hari.



Kepada para pembaca di luar sana yang gemarkan aktiviti mendaki, bolehlah mencuba untuk mendaki Broga Hill ini. Ia merupakan satu trek yang menarik dan dapat mengeluarkan peluh. Dah naik, rasa tak nak turun, hihi…


Jumpa lagi di entry akan datang.

Jaga diri, jaga kesihatan dan sama-sama kita perbaiki diri. 

Amalkan gaya hidup yang sihat. Ketawa dan senyum selalu.. 

(petua awet muda)

Dadidu…..



Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby


No comments:

Post a Comment