ASSALAMUALAIKUM
entry kali ni, miss abby nak kongsi antara makanan kegemaran Rasulullah S.A.W...
apa dia?? agak-agaknya apa ye..
nabi suka makan BUAH LABU.
Buah labu tidak boleh dimakan mentah seperti ulam-ulaman,
salad dan sebagainya.Buah labu isinya lembut bila dimasak .
Di antara masakan orang Melayu di Malaysia ini ialah labu
masak lemak cili api, masak lemak putih campur bayam dan
dibuat kuih-muih seperti pengat, serawa, lepat, juga dikukus
makan dengan kelapa dan gula, dan lain-lain cara masakan
lagi.
Antara khasiat dan manafaat makan labu ialah:
1. Menyejukkan bahang dalam perut
2. Menghilangkan dahaga
3. Menghilangkan panas badan
4. Bagus untuk hempedu
5. Mencergaskan minda (otak)
6. Baik untuk mata
7. Melembutkan urat perut
Tersebut bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
makan labu, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah
Hadis yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At-Tirmidzi:
“Daripada Abi Tolut, katanya: “Aku telah berjumpa
Anas Bin Malik semasa ia sedang menikmati masakan
labu, dan ia (Anas bin Malik) berkata: “Amboi! Hai
pohon, betapa eloknya engkau, betapa sukanya aku
kepada engkau kerana suka Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam akan dikau.” Ghariib
Tersebut dalam Hadis yang lain, meriwayatkan bahawa Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam amat suka makan labu,
sebagaimana tersebut dalam Hadis yang dikeluarkan juga
oleh Abu ‘Isa At-Tirmidzi:
“Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: “Telah aku lihat
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mencari-cari
labu dalam pinggan, kerana gemarnya Baginda akan
labu itu, hingga jika ada daging bersama-samanya
(labu) di hadapan Baginda, ditinggalkannya daging
itu.”
Maka sentiasalah pula gemar aku (Anas bin Malik)
makannya semenjak aku lihat Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sukakan dia.” Hasan dan Sahih
“Daripada Saiyidatina ‘Aisyah r.anha: “Bahawasanya
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda
Baginda kepadaku (Saiyidatina ‘Aisyah r.anha):
“Apabila engkau membuat masakan, maka
banyakkanlah olehmu di dalamnya labu merah itu
kerana bahawasanya ia (labu merah) itu menguatkan
hati orang-orang yang berdukacita.”
ha... banyakkan khasiat labu.. jadi apa kata mari kita ke pasaraya,
cari LABU untuk menu tengahari ni...
eh, nak masak apa labu tu??
LABU MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN
1 biji labu manis saiz sederhana
10 tangkai kacang buncis
3 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
- Labu dikupas kulitnya, buang biji kemudian dipotong kiub besar2 dan toskan. Kacang buncis dikerat pendek. Ketepikan.
- Masukkan labu ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering dan serai titik. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Bila labu lembut sedikit, masukkan kacang buncis, lada hitam tumbuk dan santan pekat.
- Tambah serbuk kunyit dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan hingga mendidih, masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..
ha... apa lagi.... JOM pekena labu tengahari ni....
SELAMAT KE DAPUR
Salam Dari Dapur,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby
Salam
ReplyDelete