KUNCI KERAJAAN

Monday, December 24, 2012

AIR KATIRA

Apa khabar kawan-kawan semua. Hari nie cik nieza nak berkongsi salah satu minuman yang sangat popular di JOHOR iaitu 


AIR KATIRA





untuk pengetahuan kawan-kawan semua, air katira sangat berfungsi untuk minuman yang menyegarkan badan. Pada kebiasaanya air katira akan dijual di pasar malam dan terutamanya pada bulan puasa. Jualan air katira amat mengalakkan. 

kandungan air katira yang mempunyai pelbagai bahan penyejuk badan dan herba menjadikan air ini, pilihan ramai pengemarnya. Antara bahan yang biasa di masukkan sekali dalam penghasilan air katira ialah seperti biji selasih, beras bali, kembang semangkuk dan pelbagai lagi



BAHAN YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN AIR KATIRA


keenak air katira bukan sahaja digemari oleh rakyat Johor bahkan turut dinikmati oleh negeri lain di Malaysia. 

Dengan penuh kasih sayang, cik nieza nak berkongsi resepi penghasilan Air katira dengan kawan-kawan semua.

BAHAN
 ( 7-8 orang )

2 ltr air
240 g gula pasir
15 biji badam tanpa kulit
1 tin susu cair
100 g katirah 
beberapa titik pewarna hijau 

BAHAN LAIN

1 sb biji selasih - direndam berasingan
buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
agar2 siap makan - disagat
secukup ketulan ais

CARA PENYEDIAAN

1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.
3. Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.
4. Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.



~~~ SELAMAT MENCUBA~~


HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA










2 comments: