KUNCI KERAJAAN

Monday, November 12, 2012

YEssss.....kami dah taw apa itu kuih SAVOURI....

assalamualaikummm...hai kawan-kawan...
mmm..entry hari ini cik ana nak kongsi pengalaman cik ana bertungkus-lumus menghasilkan kuih Savouri....yahuuu...alhamdulillah..kumpulan kami berjaya menghasilkan kuih cucur badak dan kuih ketayap pedas...

Alhamdulillah, amali ini telah memberi peluang serta pengalaman yang sangat 'OSEM' untuk diri cik ana..hihihii, jadi saya ingin kongsi beberapa tip untuk menghasilkan kuih ketayap pedas yang kebabommm sedap.....


Gambar yang kat atas itu ialah cara-cara untuk membuat kulit ketayap...ok sebelum membuat kulit ketayap, adunan kulit ketayap perlu direhatkan sekurang-kurangnya 30 minit supaya adunan menjadi lembut dan kembang. kebiasaanya kulit ketayap dibuat menggunakan non-stick pan dan dilenserkan sedikit minyak supaya kulit ketayap tidak melekat dan pastikan minyak cukup panas supaya kulit ketayap tidak disaluti minyak..



waduhhh...mula-mula nak gulung ketayap ini cik ana pening-pening..macam mana la nak bagi cantik..comel...cute...hihihihi dengan bantuan kawan-kawan cik ana dapat belajar cara menggulung dengan cara yang betul...cara menggulung ialah
lipat kedua-dua belah kiri kanan, kemudian gulung secara melintang...lipat elok-elok supaya inti tidak terkeluar..



hihiihi..gambar kat atas tuuuu..doh cucur badak...Ya Allah...untuk pengetahuan kawan-kawan..cik ana tak pernah makan apatah lagi nak buat kuih cucuk badak ni..nak tarik badak yang besar gedabak tu pun cik ana tak mampu....wah.wah..wah..tapiiiiiiiiii..dengan berkat kesabaran dan kesungguhan cik ana berjaya berhasilkan kuih cucur badak walaupun intinya agak masin kerana terlebih-lebih taruk udang kering...apa-apa pun...kuih cucur badak ini tetap habis..hahahah.ok la tuuu...

untuk pengetahuan kawan-kawan...  

Semasa proses membuat cucur badak ni,sekiranya 

adunan lembik,ambil sedikit  tepung dan sapukan di 

tangan supaya tidak melekat...




TARaaaaa..ini lah hasilnya..mak datuk bangga kut dapat hasilkan kuih ini dengan jayanya..hihihihihi..walaupun terdapat sedikit kekurangan kami akan cuba buat penambahbaikan..

bye kawan-kawan....jumpa di entry seterusnya....



~sekadar coretan hati~
SITI FARHANA BINTI SHAMSUDDIN










No comments:

Post a Comment