KUNCI KERAJAAN

Wednesday, November 28, 2012

KUIH NEKBAT.....

ASSALAMUALAIKUM..


hye kawan-kawan...mmmm kawan-kawan buat apa yea petang-petang macam ni...biasanya kalau kat kampung..cik ana suka lepak-lepak sambil makan..hihihi..seronokkan...sambil berbual sambil makan...tiba-tiba jeee cik ana teringin nak makan kuih nekbat...kuih ni susah sangat nak jumpa..ia tak macam kuih muih lain yang mudah didapati...kebiasanya kuih nekbat akan dibuat pada bulan ramdhan je...



Kuih nekbat merupakan kuih pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di negeri Kelantan atau nama lain Cik Siti Wan Kembang. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua peringkat. Peringkat pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Manakala bahagian kedua pula ialah nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.



Ni la rupa asal nekbat kering sebelum proses masak dengan air gula.

Bila dah dimasak dengan air gula, kena sejukkan dulu baru la masukkan dalam peti ais. Kena makan sejuk-sejuk baru la best. Ni la kuih yang paling mudah disediakan cuma masak dalam air gula je...

taraaaaa..inilah kuih nekbat...manis taw..


resepi ni cik ana ambik kat pak cik google....jom kita sama-sama buat...hihihi...

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12   biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

·  Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
·  Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.
·  Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
·  Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

Selamat mencuba.....


~sekadar coretan ikhlas~
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

2 comments:

  1. thanks share resepi nekbat kering ni. Mengidam nk makan time bulan puasa ni. salam kenal.

    ReplyDelete
  2. thanks share resepi nekbat kering ni. Mengidam nk makan time bulan puasa ni. salam kenal.

    ReplyDelete