KUNCI KERAJAAN

Thursday, November 15, 2012

KELAPA atau KEPALA


~~~Assalamualikum kawan-kawan~~~~

                    KEPALA atau KELAPA? perasan tak dua ayat nie selalu disalah sebut dan selalu disalah eja, sedangkan keduanya mempunyai makna yang berbeza. kalau di dapur sudah tentunya kita memerlukan KELAPA dan bukannya KEPALA ye~~ dan pastikan kawan-kawan dapat bezakan yang mana KEPALA dan yang mana KELAPA ye bila di dapur tu kang ada yang tak jadi masak pulak..... hehheeh

INI KEPALA ok!! bulat jew kan.hehhehehe



INI KELAPA....beza x beza x...TANG BULAT jew sama~~ heheh


 Untuk pengetahuan kawan-kawan, Kelapa ialah (bahasa Inggeris: coconut, tulisan Cina 椰) atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Bahagian kepala mempunyai pelbagai kegunaan termasuk:
  • batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
  • daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
  • lidi kelapa boleh dibuat penyapu
  • sabut kelapa boleh dibuat tali
  • tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
  • serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
  • minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelapa

 disebabkan bila berada  di kampung nie, mudah untuk cik nieza mendapatkan stok KELAPA..sebut betul betul K.E.L.A.P.A hehehhe......,maka terciptalah satu resepi zaman berzaman, yang boleh digunakan untuk menghasilkan makanan dan juga boleh digunakan untuk menguatkan rambut.  DAsyatttTTTTT kan....jimat duit tak payah beli vitamin rambut.hehehhe~~~
 Nak tahu apa dia~~~ JENG JENG JENG~~~ 






INILAH DIA MINYAK KELAPA





Kalau dulu-dulu ada arwah fuang ( nenek ) dia suka gunakan minyak kelapa nie untuk sapu pada rambut dia, jadi bila dia datang tu 1 rumah jugak bau minyak kelapa dibuatnyer..hehhehe rindunyer zaman tu~~ umm sedihnyerr

Sebenarnya, keluarga cik nieza nie lagi suka makan minyak kelapa buat nie, berbanding minyak yang biasa yang ada jual dipasaran, kerana keenakkannya sangat luar biasa dan sudah tentu khasiatnya yang sangat banyak bukan sahaja untuk rambut bahkan untuk hati, jantung dan pelbagai lagi. maklumat lanjut kawan-kawan boleh lah lawati laman web nie--------->http://www.sarjanaku.com/2011/07/manfaat-minyak-kelapa-dan-khasiatnya.html

Selain itu juga tahi minyak kelapa ni, kalau kita pandai gunakan, pelbagai resepi yang enak yang boleh kita hasilkan daripada tahi minyak. selalunya cik nieza hanya makan tahi minyak kelapa bersama perahan limau, bawang 
bersama ikan bakar...waHHHH kecuhhh dibuatnyer~~~

di sini cik nieza nak ajar cara nak buat minyak kelapa ini

Bahan

1 biji kelapa tua diambil santannya ( yang pekat sahaja)
Daun pandan

Cara membuatnya
 1. Buah kelapa diparut dan diambil santan ( yang pekat  sahaja)
 2. Air panas dimasukkan kedalam santan tadi dan ditutup selama semalaman ( ( Proses ini haruslah menggunakan periuk  dan bukan bekas plastik dan pastikan  periuk tadi terasa panas) 
3. Masak santan yang sudah dibiarkan semalaman tadi di dalam api yang sederhana dan dimasak bersama dengan daun pandan
4. Masak sehingga keluar minyak dan keperangan
5.  Selepas itu, api ditutup dan dipindahkan terus kedalam bekas lain ( Hal ini bagi mengelakkan minyak masak dengan sendiri )


Apa lagi kawan-kawan......selamat mencuba~~~


Resepi Kampung warisan ibunda
Tahi minyak  tinggalan pusaka
Jangan dilupa asal usul kita 
Dimana kita sekarang, di situ kita bermula

~~saya sayang tradisi saya~~


                                                                                        Hasil idea :
                                                                                    Noraniza binti hj md japar 

   
  













 

No comments:

Post a Comment