KUNCI KERAJAAN

Saturday, November 24, 2012

BERINGAT KETIKA MAKAN

Assalamualaikum…

Berjumpa lagi kita di entry ini. Bila cuti sekolah, pasti ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan pelbagai kenduri. Hmm bila dapat jemputan ni, WAJIB untuk kita hadiri. Bila pergi kenduri, pastinya kita akan dijamu dengan makanan. Makan memang sedap.

Tapi bagaimana cara kita untuk maintainkan berat semasa menghadiri kenduri?

Macam saya ni, kalau makan lebih sedikit je, cepatlah berat tu naik. Nak turun, punyalah payah. Bila ramai yang menegur, mulalah tak senang duduk. Kiranya siapa yang makan banyak, tapi berat tak naik-naik tu, memang beruntungla. Hihi.

Kalau kita pergi ke majlis perkahwinan, macam-macam lauk yang disajikan. Nasi minyak mempunyai banyak kalori. Sekarang ni, tuan rumah selalunya menghidangkan nasi minyak dan nasi putih. Jadi, kita bolehlah memilih nasi putih. Kalau nak makan nasi minyak, ambillah dalam kuantiti yang sedikit yer..

nampak sodapppp... lapar lak rasa

Kalau minum air manis tu, beringatla. Pengambilan air manis yang berlebihan akan menyebabkan penyakit. Jadi lebih baik kita minum air kosong yang secukupnya.

Perkara paling malas kita nak buat ialah bersenam. Apa kata bila nak parking kereta tu, letak jauh sedikit dari rumah kenduri. Pasti kita pun akan berjalan lebih lagi. Secara tidak langsung kita telah membakar kalori.

Badan yang sihat, menjamin kehidupan yang sejahtera. Jagalah pemakanan kita sehari-harian.

Jaga diri, jaga kesihatan dan sama-sama kita perbaiki diri. Senyum selalu.
Dadidu…..
Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby



No comments:

Post a Comment