KUNCI KERAJAAN

Friday, November 16, 2012

SHHHHH.. JOM SHARE PETUA DI DAPUR..

Assalamualaikum.. selamat petang...

sihat ke? sekarang ni musim tak menentu di mana-mana. bila petang, asyik hujan. hujung tahunkan. eh, risau pula. takut-takut banjir kat kampung halaman. almaklumlah, di hadapan rumah miss abby ni terdapatnya sebatang sungai. dah lama tak banjir. harap-harap janganlah berlaku lagi. penat tu nak mengemas. siapa yang pernah alami je yang akan tahu macamana. huhu..

hmmm becakap tentang petua ni, macam-macam petua nenek moyang kita yang masih lagi kita ikuti sampai sekarang. yang paling miss abby ingat, jangan menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua. eh, benar ke? setakat mana kesahihannya, wallahualam.



Hari ni saya nak berkongsi petua tentang peralatan 

yang selalu kita gunakan di dapur. ok, kalian tahu tak 

macamana nak elakkan periuk jadi 

hitam? 

Kalau periuk dah 

jadi hitam, sukar untuk kita menyentalnya. Jadi sebelum ia 

berubah warna, baik kita elakkan. bagaimana caranya? jom..





Sebelum memasak, sapu minyak masak pada 

bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah 

dicuci. 



tadi kita dah tengok petua petama. ni petua kedua pula. 

macamana nak bersihkan pengisar. 

kadang-kadang bila kita nak gunakan pengisar, baunya.... perghhhh.. jadi untuk hilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang:



kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit 

air untuk menghilangkan bau dan daki.



okla, setakat tu petua yang saya nak kongsikan kali ni. nanti miss abby kongsikan petua di dapur lagi k. moga-moga dengan perkongsian ilmu ini, kita dapat menambahkan pengetahuan kita di dapur.

jaga diri, jaga kesihatan, dan sama-sama kita perbanyakkan amalan. salam dari kejauhan.

dadidu.....

Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

No comments:

Post a Comment