KUNCI KERAJAAN

Sunday, November 18, 2012

OH RAJA BUAH....



Assalamualaikum kawan-kawan semua...

sebelum miss abby memulakan celoteh hari ni,  mari kita sama-sama doakan kesejahteraan rakyat Islam di GAZA. 


“cubalah kita pejam mata dan merasai sendiri keadaan mereka, jika kita tak mampu menangis, betapa kerasnya hati kita dan kotornya hati kita. Istigfarlah wahai sahabat wahai Umat Islam bantulah muslim di sana dengan apa cara sekalipun”

Kita di Malaysia sering kali membazirkan makanan. Pernahkah kita terfikir nasib orang lain yang tidak dapat makan? Kawan-kawan semua, mari sama-sama kita muhasabah diri:

Makan ketika lapar, Berhenti sebelum kenyang


Janganlah kita semua membazir dengan rezeki yang kita miliki hari ini.. Tengok negara yang berperang tu. sedihnya rasa... :-(

Eh, panjang pula muhasabah hari ni.. hihi

Sekarang ni musim durian. Sana-sini nampak durian. Miss abby ni boleh dikategorikan dalam golongan “hantu durian” juga, hihi.. balik kampung, dapatlah juga lepas gian makan durian pokok belakang rumah tu. Alhamdulillah..   
 

Hari tu miss abby ada tempah “DURIAN CREPE” daripada rakan. Teringin punya pasal. Nak rasa pun ada juga. Nak buat sendiri, tak reti. Bila dah rasa, memang SODAPPPP... dan rasa nak tempah lagi lepas ni. Tak puas rasanya makan.. 1 kotak, harganya RM 10.00 sahaja. Ada 6 ketul. Ok la kan? Berbaloi-baloi... 


Okla kawan-kawan, nanti kita cerita lagi. Miss abby nak siapkan tugasan lain pula. Hihi...

Salam perantauan dari anak SELATAN..

Pray for GAZA..


Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby


No comments:

Post a Comment