KUNCI KERAJAAN

Friday, November 16, 2012

JEMPUTAN... SANA SINI


Assalamualaikum... Salam Maal Hijrah.


Wahhhh..... ramainya orang yang menjemput. Bukan jemput-jemput ye. Tapi menjemput saya untuk menghadiri majlis perkahwinan dan pertunangan. Cuti seminggu ni, saya cuba meluangkan masa menghadiri majlis rakan-rakan. Apa orang kata, “ambik berkat”. Mudah-mudahan, tak lama lagi, saya pula mengedarkan kad, hihi... aminnnnn...



Ni sahabat baik a.k.a ex-roomate saya semasa diploma di politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah, shah alam. 

Alhamdulillah, akhirnya  Mieza selamat 

diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. 

Majlis diadakan di Batu Caves, Selangor. 




Ramai juga rakan-rakan yang hadir. Biasalahkan, nama pun duduk di bandar. Pastinya katering menjadi pilihan. Lainlah kalau di kampung, amalan bergotong-royong semasa kenduri kahwin, masih lagi dilakukan. Makanannya pun sedap. Siap ada waiter, pakai vest lagi. Teringatlah pula masa belajar Katering semasa sem5, hihi. Cepatnya masa berlalu.

Ingat ye.. masa tidak menunggu kita. Jadi, 

hargailah masa dengan sebaik-baiknya.. :-p




Tadi majlis perkahwinan, ni pergi majlis pertunangan seorang lagi sahabat baik semasa sekolah pula. Rumahnya betul-betul sebelah rumah saya. Jiran la senang cerita. Hihi... Dah kata jiran, mestilah kena “rewang”. Eh, jangan salah anggap ye.

Di Johor, “rewang” tu membawa maksud 

bergotong-royong/bekerjasama untuk sesuatu 

majlis. 

Ha.... inilah BFF saya tu. Dia ni kembar (Iema dan Mim)


Mereka berdua dan saya ni, rapat dari kecil lagi. Terjun sungai, panjat pokok, main pondok-pondok, kawan gaduh. Kalau hari raya, 1 kampung kami pusing kumpul duit raya, haha.. Antara kami be3, nampaknya Iema akan berkahwin dulu. Selamat bertunang ye Cikgu Halimah! Nanti ko kahwin bulan Mac depan, aku rewang lagi.. :-p




Ni la lauk yang disajikan untuk tetamu. 




Nama pun orang Jawa, lauk sambal goreng dan ayam masak kicap, mesti tak tinggal punya. Nak tahu resipi sambal goreng, bolehlah layari link ni: 
http://www.myresipi.com/top/detail/5861


Jumpa lagi dalam entry berikutnya. salam 1 Malaysia.. 

Salam Maal Hijrah. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, kita akan menjadi insan yang lebih baik.




Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR

No comments:

Post a Comment