KUNCI KERAJAAN

Tuesday, November 27, 2012

CORAT-CORET AMALI SET MENU MELAYU


ASSALAMUALAIKUM.. HYE KAWAN-KAWAN SEMUA..

Hmm entry kali ni miss abby nak kongsi pengalaman miss abby dan rakan-rakan dalam menyediakan “SET MENU MELAYU”.. alhamdulillah, unit kami berjaya menyediakan hidangan rojak buah, nasi tomato, ayam masak merah dan acar rampai dengan jayanya. Yahuuuuuuuu... :-P

Jom kita terjah apa yang terjadi sepanjang kelas amali

ROJAK BUAH
Kalau sebut je rojak buah, mesti miss abby terbayang NANAS! Alamak, miss abby tak makan nanas la, huhu... tapi tugasan yang diberikan, tetap kami laksanakan. Penyediaan kuah rojak mestilah diberikan keutamaan. Kalau sedap, maka sedaplah rojak buah tu. Hihi..

 NASI TOMATO
Semasa menyediakan nasi tomato ni, nasi kami tidak masak. TIPS yang miss abby perolehi dari tenaga pengajar ialah

BUAT LUBANG DI BAHAGIAN TENGAH PERIUK. LETAKKAN AIS DI TENGAHNYA. KEMUDIAN TUTUP AIS TERSEBUT DENGAN NASI. dan tutup semula periuk tersebut. INSYAALLAH, nasi itu akan masak dengan sekata.

 AYAM MASAK MERAH
Semasa menyediakan ayam masak merah, ayam 

perlulah digoreng terlebih dahulu ye. Tomato pure dan 

sos kena letak. Gula pun boleh ditambahkan.

TIPS yang boleh diberikan:

Jangan kisar bawang dan cili kering sekali. Kisar 

asing-asing, baru hasilnya lebih sedap. 

Tak percaya?? 

CUBALAH...


ACAR RAMPAI
Acar rampai ni terkenal di JOHOR. Alamak, malu nak mengaku anak johor, sebab miss abby sendiri tak tahu. Huhu.. nak buat macamana, keluarga miss abby bukannya berasal dari johor sebenarnya. Mak miss abby orang seremban, negeri sembilan. Ayah pula orang masjid tanah, melaka. Jadi, ada antara masakan orang johor yang miss abby kurang tahu. Hihi..

Apapun, pengalaman menyediakan acar rampai ni memberikan miss abby pengetahuan baru. Enak juga rasanya..



Nanti miss abby kongsi resipi ye. Tungguuuuu....


Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby



No comments:

Post a Comment