ASSALAMUALAIKUM
hmm sejuknya.. hujan lebat kat luar tu. biasalah, hujung-hujung tahun ni. hihi.. kawan-kawan sihat tak? kalau tak sihat, jangan lupa berjumpa dengan doktor ye!
malam ni miss abby nak kongsi resipi. resipi apa?? resipi yang miss abby dah janji la. ingat lagi tak? hihi... resipi bagi kelas amali "SET MENU MELAYU" la... jom....
Nama Resipi :
ACAR
RAMPAI
Porsi :
2
orang
Kuantiti Bahan
80g Timun
70g Lobak
20g Cili
Merah
20g Cili
Hijau
50g Bawang
Besar
20g Bawang
Putih
15g Halia
5g Biji
Sawi
5g Bijan
– goreng sedikit
2g Serbuk
kunyit
15ml Cuka
10g Garam
10g gula
CARA PENYEDIAAN
- Timun dibuang bahagian tengahnya dan dipotong memanjang
- Lobak, cili merah dan cili hijau – potong memanjang
- Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi, biarkan satu minit sambil dikacau
- Tumis bawang besar, bawang putih halia. Masukkan cili, serbuk kunyit dan cuka.
- Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula dan masukkan bijan. Gaulkan sebati
- Angkat dan hidang.
Nama Resipi :
Ayam
Masak Merah
Porsi :
2
orang
Kuantiti Bahan
600g (4 ketul) Paha
ayam –
(dibuang kulit dan
dilumur dengan garam dan kunyit)
100g
Sos
tomato
150g
Air
150g
Minyak
Masak
10g
Bawang
putih
15g
Cili
kering
30g
Bawang
merah
25g
Serai
– dititik
15g
Kacang
pis
60g
Bawang
besar – dipotong bulat
3g Kulit
kayu manis
3g Bunga
lawang
3g Buah
pelaga
10g Daun
bawang – dihiris
8g
Cili
merah- dibentuk bunga
CARA PENYEDIAAN
- Panggang atau goreng ayam hingga separuh masak
- Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis, bahan kisar dan serai. Tumis hingga berwarna keemasan
- Tuang air dan sos tomato, kacau rata
- Masukkan ayam dan kacang pis, kacau rata sehingga masak
- Masukkan bawang besar, kacau. Sesuaikan rasanya dan angkat
- Masukkan masakan dalam pinggan hidang
- Hiaskan dengan cili merah dan daun bawang
Nama Resipi :
Nasi
Tomato
Porsi :
2
orang
Kuantiti Bahan
300g Beras
basmati
15g Tomato – potong dadu
30g Sos
Tomato
15g Tomato
puree
25ml Susu
100ml Air
10g Daun
pandan
5g Garam
80g Mentega
10g Kulit kayu manis
10g Bunga
lawang
10g Bunga
cengkih
10g Buah
pelaga
20g Bawang putih – dihiris
40g Bawang besar – dihiris
Cara Penyediaan
- Cuci beras, rendam selama 5 – 10 minit. Toskan
- Panaskan mentega / minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
- Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit,. Kemudian, masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
- Tanak sehingga masak
- Hidang panas dan boleh taburkan dengan bawang goreng.
a nampak menarikkan?? apa lagi...
SELAMAT MENCUBA
ye kawan-kawan...
pasti menjadi la... berani jamin!!
SELAMAT MENCUBA
ye kawan-kawan...
pasti menjadi la... berani jamin!!
Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby
No comments:
Post a Comment